• Wed. Oct 4th, 2023

TV Internet Free Android Malaysia : Harga Dan Review

TV Internet PERCUMA di Malaysia agak baru dan ramai yang belum tahu tentangnya. Sebenarnya kita di Malaysia terlalu fokus kepada rancangan yang disiarkan di TV Percuma Malaysia seperti RTM1, RTM2, TV3, NTV7, 8TV dan juga TV9, sedangkan sebenarnya masih banyak rancangan TV lain disiarkan PERCUMA melalui Internet dan boleh di akses dengan mudah dan percuma melalui Desktop, Laptop, Tablet bahkan Smarphone anda.

Yang penting, untuk mendapatkan TV Internet Free (Percuma) jenis Android ini anda hanya perlu ada akses internet data yang mencukupi dan sebolehnya data internet yang menggunakan pakej Unlimited. Untuk semak pakej internet unlimited terbaik di Malaysia, anda kena tanya yang pakar. Tetapi sebagai panduan, MrJocko pernah gunakan HotSpot guna DiGi Unlimited Data Smartphone, waktu malam selepas jam 12.00am dan ia beri hasil yang memuaskan.

TV Internet Free Android Malaysia

Android TV FREE
TV Internet Free Android Malaysia : Harga Dan Review

Setakat yang MrJocko tahu, jenis TV Internet FREE ini ada pelbagai jenis dan pelbagai nama. Ada yang memanggilnya TV Box, Android TV, Internet TV dan juga Online TV. Namun apa sahaja panggilan nama TV Internet Free ini, ia hanya menggunakan Operating System Android dan boleh akses dari kebanyakkan gadget yang guna android.

TV Internet Free Android ini juga sebenarnya mempunyai banyak jenis dari segi kelajuan pemprosessan dan juga storan dalaman. Sebab itu, ada TV Internet Free ini dijual dengan harga serendah RM199 dan ada yang mencecah harga sekitar RM499 (setakat yang MrJocko tahu).

Untuk jenis TV Internet Free Android ini, sudah pastu, kelajuan pemprosessan dan storan dalam yang lebih laju dan besar menjadi pilihan terbaik. Sebagai contoh, pilih TV Box Interent Free anda yang mempunyai sekurangnya Octa Core Processor dan juga Internal Memory 2GB RAM DDR3 untuk dapatkan hasil gambar HD yang berbaloi.

TV Internet Free Android Malaysia

TV Internet Free Android
TV Internet Free Android
TV Internet Free Android Malaysia

 

TV Internet Free Android Malaysia

Ada banyak channel yang ditawarkan di TV Internet Free menggunakan peranti Android Box ini, lebih dari 500 channel dan ia semakin bertambah. Anda boleh menontong pelbagai saluran TV dari selurun dunia, pelbagai bahasa dan kebanyakkannya mempunyai kualiti High Definition (HD) dan jauh beza dengan kualiti gambar di Malaysia.

Bila anda dah biasa dengan TV Internet Free ini, anda pasti akan lupakan Astro, RTM1, RTM2 atau TV3 serta saluran TV Malaysia yang lain.

Anda boleh memilih untuk menonton saluran Berita, Sukan, Movies, Masakan dan banyak lagi dari selurun negara. Paling penting, selagi anda punya akses internet data, TV anda tidak akan ada masalah walaupun hujan ribut :).

MrJocko sebagai Travel Blogger amat teruja bila dapat menonton saluran TV Percuma menggunakan internet ini. Selama MrJocko travel ke Australia, Jepun, Korea, Taiwan, Indonesia, Thailand dan beberapa negara lagi, memang tidak dinafikan kualiti gambar Saluran TV berkapasiti HD dinegara mereka jauh lebih baik dari negara kita Malaysia.

Oleh itu, dengan pengalaman menggunakan TV Internet Free Android ini, anda akan dapat pengalaman menonton yang sebenar, kualiti HD, Terang, Jelas, Sharp serta bunyi yang terbaik. Untuk harga pakej TV Internet TV ini, anda cuma perlu beli peranti sahaja dengan harga bermula RM199++ dan anda sambungkan dengan WiFi atau kabel internet. Mudah sahaja dan anda boleh sambung dunia TV anda dengan lebih 500 saluran TV TERBAIK di dunia.

 
p/s : Saya bukan peniaga TV Internet Free Android ini, hanya sekadar berkongsi.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

3 thoughts on “TV Internet Free Android Malaysia : Harga Dan Review”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.