Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Taman Tema Twentieth Century Fox Genting Highland 2016

Rakyat Malaysia mungkin akan gembira mendengar bahawa Malaysia akan mempunyai Taman Tema Twentieth Century Fox Genting Highland (20th Century Fox) yang pertama di dunia. Projek yang bernilai RM400 juta ini akan bermula September 2013 nanti. 

Kerjasama antara Resorts World Genting dan 20th Century Fox ini akan membangunkan taman tema berkonsep canggih dan moden di seluas 26 ekar sekitar puncak Genting Highlands. Dengan ini, Taman Tema Genting yang sedia ada akan ditutup pada 1 September 2013 dan pembinaan taman teman baru akan bermula di tapak berkenaan. Ia juga termasuk tambahan bangunan hotel baru bersebelahan taman tema 20th Century Fox ini.

Twentieth Century Fox Genting Highland

Twentieth Century Fox Genting Highland

  

MrJocko dijemput dalam satu majlis ‘Press Conference’ dan menandatangani memorandum kerjasama antara Resorts World Genting dan 20th Centrury Fox dalam pembinaan taman tema tersebut di Wisma Genting 26 Julai 2013.  

Projek taman tema  Twentieth Century Fox Genting Highland 20th Century Fox ini dijangka siap pada 2015 namun akan memulakan operasinya secara rasmi pada tahun 2016. Nampaknya, rakyat Malaysia akan berpeluang bercuti di taman tema 20th Century Fox yang akan menempatkan lebih dari 25 permainan utama seperti Ice Age, Alien, Predator, Night At Museum, Die Hard dan banyak lagi menanti anda.

Pihak Resorts World genting sementara itu akan memulakan jualan Pre-Sale Tiket Taman Tema 20th Centrury Fox secepat mungkin dengan menawarkan harga promosi dan menarik. Untuk maklumat lanjut, rajin-rajin la ke laman web Resorts World Genting.

 

 

Twentieth Century Fox Genting Highland
 Twentieth Centrury Fox Genting Highland

Terima kasih kepada Resorts World Genting dan 20th Century Fox kerana bagi Gifts yang Cute ini 🙂

Rasa macam tak sabar menunggu hari pembukaan dan perasmian  Twentieth Century Fox Genting Highland pada tahun 2016 nanti. Mesti banyak yang menarik menanti pengunjung dan semestinya permainan terhebat ada di sini,  Twentieth Century Fox Genting Highland

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.