Typhoon Lingling September 2019 Serang Korea Selatan
|Antara cabaran kalau menaiki kapal terbang ketika melancong ialah bila berdepan dengan hujan lebat, petir, ribut, typhoon dan pelbagai lagi keadaan cuaca termasuk air turbulance. Untuk mereka yang nak travel ke Korea dalam masa terdekat, nak beri amaran, sekarang tengah viral pasal Typhoon Lingling September 2019 Serang Korea Selatan.
Setakat ini, Taufan Lingling (Typhoon Lingling) yang kuat telah melepasi semenanjung Korea, menyebabkan lima orang mati dan 460 buah rumah yang rosak atau musnah di Korea Utara, menurut media negara – Sumber BBC News
Baca : Melancong ke Korea Selatan
Typhoon Lingling September 2019 Serang Korea Selatan
Ada yang sudah membeli tiket dan bersedia untuk terbang ke Korea Selatan pada minggu ini???
Menurut info, taufan yang mula melanda Korea Selatan itu bermula pada hari Sabtu lepas dan ia semakin buruk. Banyak penerbangan terpaksa dibatalkan dan puluhan ribu rumah telah ditinggalkan.
Jadi, untuk anda yang bercadang untuk ke Korea Selatan, diharap dapat mengambil perhatian dan mengambil langkah berjaga-jaga. Bersedia dengan segala kemungkinan jika perlu. Kalau tak penting dan boleh tangguh, untuk smeinggu dua ini, apa kata tangguhkan dulu perjalanan anda ke Korea sementara Taufan Lingling ini reda.
Video Typhoon Lingling South Korea
Mengikut yang diberitahu, Typhoon Lingling September 2019 Serang Korea Selatan ini antara taufan yang kuat pernah berlaku. Dikatakan ia sekuat 140km/j atau bersamaa 86mph. Banyak rumah, bangunan, jalanraya, pokok-pokok mengalami kerosakkan akibat dari taufan ini.
Taufan itu melanda pulau Jeju di selatan pada waktu pagi sebelum menyapu sepanjang pantai barat Korea Selatan dan menyerang Korea Utara pada waktu petang. Typhoon Lingling adalah bersamaan dengan taufan Kategori 1 di Atlantik atau lembangan Pasifik timur pada masa daratan.
Taufan Lingling dikatakan taufan kuat kelima yang melanda negara itu sejak tahun 1959. Ia sudah memasuki ke Taman Negara Hallasan, gunung tertinggi di negara itu.
Berhati-hati jika anda nak melancong ke South Korea. I belum lagi habis dan kemungkinan akan menjadi lebih teruk. Setakat ini, ia memberi kesan pada Selatan Korea dan memasuki ke negara Korea Utara.