Malang tidak berbau. Seminggu yang lepas, MrJocko dan rakan Ducati Monster terlibat dalam kemalangan kecil. Akibatnya, jatuh dan mengalami luka yang agak serius. Nasib baik, ketika itu ada ambulance standby, ketika acara LIVE VIEWING PARTY MOTOGP SPAIN 2018. Alhamdulillah, MrJocko diberi Ubat Luka Terbaik Untuk Basuh Dan Hentikan Pendarahan.
Akibat dari jatuh dan terseret jalan tar, lengan kanan MrJocko mengalami luka yang panjang dan satu bahagian yang agak dalam. Nasib baik tidak patah dan kecederaan dalaman. Dari lengan hingga ke atas, sehingga paras bahu tercalar dengan kesan luka.
Baca : MrJocko dan Motorsikal
Ubat Luka Terbaik Untuk Basuh Dan Hentikan Pendarahan
Motorsikal pulak, nasib baik rosak sikit. Boleh running dan bergerak.
Hanya beberapa meter nak sampai ke lokasi LIVE VIEWING PARTY MOTOGP SPAIN, dalam keadaan sakit, ride motor sampai ke lokasi, Lepaking Gombak.
Oleh kerana luka berdarah di lengan, pendarahan di siku agak dalam serta kesan calar di bahu, darah perlu dicuci dahulu menggunakan air Sodium Chloride. Nampak seperti air putih sahaja, tetapi ia ubat untuk basuh luka yang terbaik bagi mencuci dan mematikan kuman-kuman yang merbahaya..
Selepas di cuci, untuk mengawal kuman-kuman dan bakteria lain, bahagian luka di sembur dengan OPSITE SPRAY, sejenis spray yang akan menutupi bahagian luka dan mempercepatkan penyembuhan. Bab ni paling tak tahan. Sangat sakit dan pedih!!!
Selesai, untuk stage pertama, ia dibalut sementara untuk menghentikan darah dengan Bandage dan Kapas Khas.

Sampai di rumah, baru la Wife MrJocko belikan sebotol cecair pencuci Sodium Chloride, Gel Supirocin Ointment, Gauze Sponge, Pelekat Micropore Paper dan juga ubat antibiotik.
Baca : MrJocko dan Ducati
Alhamdulillah,,, selepas beberapa hari, rasa pedih akibat luka semakin hilang. Kulit yang tercalar juga semakin kembali pulih. Paling ketara, tak sampai 2 hari, kawasan yang luka kecil menjadi berkuping dan cepat sembuh.
Ramai yang memang mengesyorkan untuk sembur Opsite Spray kalau nak hentikan luka dan pendarahan. Ia memang cepat berkesan. Tetapi, ia memedihkan. Selain tu, ada juga yang kata, serbuk Nescafe juga amat mujarab untuk hentikan luka dan nanah luka. Ia meresak luka dan mempercepatkan luka menjadi kering.
Jadi, kalau korang nak cari ubat paling mujarab dan ubat luka terbaik, boleh la cuba Opsite Spray dulu. Tapi sebelum itu, jangan lipa basuh dengan cecair Sodium Chloride ya…
MrJocko dah kembali sembuh. Doakan semoga cepat dapat ride motorsikal lagi dan dijauhkan dengan bencana dan malapetaka. Amin!!!
p/s : Ada kata orang Serbuk Nescafe juga ialah Ubat Luka Terbaik