Ubat Untuk Selera Makan Kucing
|Kalau korang rasa Kucing korang macam sakit dan tak ada selera makan, apa yang selalu korang buat??? Ada cuba ubat untuk selera makan kucing kesayangan anda?
Sejak beberapa hari ni, kucing kami, Kitty seperti tak ada selera nak makan. Sebabnya dulu dia selalu makan Pro Diet, tetapi kini kat rumah MrJocko, kami bagi BlackWood. Mungkin kerana tak biasa atau mungkin juga sebab baru pindah rumah, dia masih tak selesa.
Tak senang hati tengok muka Kitty sedih, MrJocko bawa ke Vet di Taman Sri Sinar. Selepas diperiksa, Kitty tak demam, tak ada masalah dan sihat. Mungkin sebab tertekan sebab dah memasuki minggu ke-6 bunting kali pertama.


Sebab kesian nampak dia kurus, Pakar Vet nasihatkan kami supaya bagi Vitamin dan Mineral tambahan untuk kucing. Kami di berikan Oral Gel jenama Felavite II. Felavite sejenis Vitamin dan Mineral tambahan untuk menambahkan lagi supplement untuk kucing dan menambahkan lagi selera makan kucing anda.
Ya, memang betul, Kitty suka makan ubat kucing Felavite ni dan selera makan dia sudah kembali pulih. Semalam dia dah boleh habiskan satu pek 80g Wet Food, Alhamdulillah.
So, jika kucing anda ada masalah selera makan, boleh cuba berikannya Felavite, Vitamin dan Mineral tambahan untuk supplement mereka.
Glamorous MrJocko