Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

UiTM akan jadi Universiti Teknologi Mara DiRaja

Aku dulu belajar di ITM Machang. Aku masa tu masih lagi produk terakhir Institut Teknologi MARA sebelum ditukar nama ke Universiti Teknologi MARA. Aku join ITM tahun 1996 dan Batch awal jugak masuk ke ITM Machang. Sebelum tu ITM lama berada di kawasan Pantai Cahaya Bulan. Hari ni, dengar khabar UiTM akan tukar nama lagi. Katanya nak upgrade untuk menjadi Universiti DiRaja Malaysia. Pihak terbabit dalam usaha untuk menjadikan UiTM sebagai institusi pengajian awam yang berada di bawah naugan Raja-raja Melayu. Jika usaha ini berjaya, UiTM mungkin akan dikenali sebagai UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DIRAJA.Apa kelebihan nama DiRaja? Idok lah aku ketahui, kena tanya pakar-pakar dari pihak UiTM la nampaknya. Yang penting, biarlah UiTM terus menjadi KILANG pengeluar pelajar-pelajar yang berkualiti seperti sekarang, dan mungkin lebih baik dari dulu. Kawe bangga jadi warga UiTM. Thats why kawe sayang UiTM :). UiTM DiHatiku…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.