Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Majalah Ujang Lawak Antarabangsa Malaysia

Zaman remaja, MrJocko membesar di bandar kecil Pasir Puteh dan banyak habiskan juga dengan Majalah Ujang lawak antarabangsa. Antara kartunis yang MrJocko ingat sampai sekarang ialah Aie, Petai, Manggis, Aza dan ramai lagi.

Masa dulu, MrJocko rajin melukis kartun. Hampir di semua buku teks, buku tulis dan kertas kajang yang kosong menjadi mangsa lakaran kartun. Masa tu, sangat suka dengan lukisan kartun Aie, tetapi MrJocko tak boleh nak follow gaya lukisannya.

 

Majalah Ujang Lawak Antarabangsa
Majalah Ujang Lawak Antarabangsa

 

Sekarang, selepas lebih 20 tahun, MrJocko berpeluang bawa anak-anak ke zaman remaja MrJocko dan kenalkan mereka kepada Majalah Lawak Antarabangsa ini. Budak-budak, bila tengok kartun, semestinya mereka gembira.

Kalau zaman MrJocko remaja, tahun 80an, majalah lawak seperti ini memeng menjadi trend. Sekarang, mungkin sebab technology dan banyak rancangan lawak di TV, pengikut majalah lawak ini semakin berkurangan.

Apapun, memang best sekali sekala layan majalah lawak ini. ‘Feel’ membaca majalah lawak ni lain berbeza dengan menonton di TV. Lagipun kartun… Aksi camana pun boleh dibuat tanpa melibatkan kos yang besar.

Majalah Ujang, memang Majalah Lawak Antarabangsa dari Malaysia.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.