• Wed. Oct 4th, 2023

Komitmen Ulang Tahun 50 Kao Malaysia Beroperasi di Tanah Air

Komitmen Kao Malaysia Ulang Tahun 50 Beroperasi di Malaysia

Komitmen Ulang Tahun 50 Kao Malaysia Beroperasi di Tanah Air. Keselesaan. Keprihatinan. Kecantikan Ternyata Kao Corporation telah kian lama menawar kesemua kebaikan ini dan banyak lagi sejak penubuhannya di Malaysia dengan rangkaian luas produk kecantikan, rumahtangga dan penjagaan kebersihan. Dan sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50 di Malaysia, Kao hari ini telah mengesahkan komitmennya kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai inisiatif menarik untuk mendekatkan Pelan Gaya Hidup Kirei kepada pelanggannya.

Kesemua inisiatif ini akan bermula menerusi Kempen Together for Tomorrow di IPC dari 4 hingga 9 Julai. Dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, masyarakat yang semakin uzur, kekurangan sumber dan pengurusan bahan seperti plastik, pengguna di seluruh dunia – termasuk di Malaysia telah menunjukkan keinginan untuk menikmati gaya hidup yang lebih lestari lagi mampan.

 
Percayalah, kalau anda sudah pernah ke negara Jepun, anda akan lihat banyak kebaikkan di sana sudah dibawa masuk ke dalam negara kita, khususnya melalui produk-produk mesra alam seperti mana yang sedang diusahakan oleh Kao Malaysia.

Baca : Produk Terbaik Kao Malaysia

Kao Malaysia Ulang Tahun 50 Beroperasi di Malaysia

 


Komitmen Kao Malaysia Ulang Tahun 50 Beroperasi di Malaysia

Komitmen Kao Malaysia Ulang Tahun 50 Beroperasi di Malaysia

Komitmen Kao Malaysia Ulang Tahun 50 Beroperasi di Malaysia
Kao Malaysia Ulang Tahun 50 Beroperasi di Malaysia Mr. Toru Nishiguchi and Mr. Nishimaki Akira

 

“Di Kao, kami namakan keinginan ini sebagai Kao Kirei Lifestyle, yang merupakan akar umbi strategi ESG kami”, kata Encik Toru Nishiguchi, Pengarah, Presiden Pegawai Eksekutif Urusan Kanan, Produk Pengguna Global Kao Corporation.

“Melalui inovasi dan imaginasi yang berterusan, kami komited membantu pengguna di Malaysia dan di seluruh dunia untuk menikmati kehidupan yang lengkap dengan keindahan dalaman dan luaran. Keindahan Kehidupan Menyeluruh Etos perniagaan Kao telah kian lama berpandukan falsafah korporatnyaThe Kao Wayyang merangkumi prinsip seperti Kami bertindak dengan berani”.

Pelan Kirei Lifestyle menyegarkan falsafah ini menghadapi cabaran masa depan dan peranan yang perlu dimainkan oleh Kao Corporation untuk pelanggan, komuniti dan dunia secara keseluruhannya. Daripada memperkenalkan inovasi produk sehinggalah kepada impak alam sekitar syarikat dan produknya, matlamat ini disokong dengan inisiatif selaras dengan pelbagai matlamat kemampanan seperti penyahkarbonan, mencapai sisa sifar, memulihara air dan mencegah pencemaran udara dan air.
 

Komitmen Kao Malaysia Ulang Tahun 50 Beroperasi di Malaysia

Komitmen Kao Malaysia Ulang Tahun 50 Beroperasi di Malaysia

Komitmen Kao Malaysia Ulang Tahun 50 Beroperasi di Malaysia

Komitmen Kao Malaysia Ulang Tahun 50 Beroperasi di Malaysia
 

Setakat ini, Kao berjaya mengekalkan pengiktirafannya sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia dan satu-satunya syarikat Asia yang disenaraikan setiap tahun selama 17 tahun berturut-turut oleh Institut Ethisphere, sebuah badan pemikir terkemuka AS. Lebih-lebih lagi, visi Kirei Lifestyle KAO turut menangani keperluan kesihatan awam serta keperluan social yang pelbagai. Inisiatif kesihatan awam baru-baru ini melibatkan pelancaran Bior Guard Mos Block Serum di Thailand bersama projek Guard Our Future, suatu kempen yang menggabungkan aktiviti kesedaran demam denggi dengan kajian lapangan dan penyelidikan untuk menyokong komitmen syarikat kepada prinsip Melindungi Kehidupan Masa Depan.

Dengan melindungi kulit orang ramai, Kao berhasrat menyelamatkan nyawa dan memberi sumbangan positif kepada komuniti yang paling berisiko terhadap penyakit bawaan nyamuk. Guard Our Future dijangka berkembang di kebanyakan bahagian Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam masa yang terdekat. Memperkasa Wanita Muda Malaysia Mengenai isu sosial, Kao juga telah lama diiktiraf atas usahanya dalam memperjuangkan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman terutamanya peranan wanita bukan sahaja dalam syarikat, anak syarikat dan sekutunya tetapi juga wanita di mana-mana sahaja. Berdasarkan nilai teras kami dalam menempuh jalan dengan integriti, dan juga menghormati hak asasi manusia, Kao telah mewujudkan dasar kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman dengan tujuan membenarkan nilai dan bakat individu terserlah, tambah Encik Nishiguchi. Khususnya, Kao percaya bahawa pemerkasaan wanita adalah penting untuk syarikat berkembang, memandangkan kepelbagaian adalah salah satu aspek yang paling penting dalam modal insan.

Kao juga komited meneruskan kerjasama dengan Impaclution untuk mengurangkan impak produk keluarannya di sepanjang keseluruhan kitaran hayat menerusi proses yang dikenali sebagai Penilaian Kitaran Hayat (LCA). Proses ini mengukur secara objektif impak sesuatu produk terhadap alam sekitar, daripada pilihan bahan buatan sehingga kepada pelupusan sisa.
 

Komitmen Kao Malaysia Ulang Tahun 50 Beroperasi di Malaysia
Kirei Lifestyle

“Kao Malaysia juga melanjutkan usaha kami dalam menerap strategi ESG Kirei Lifestyle dalam operasi kami secara menyeluruh. Sasaran utama antaranya termasuk mencapai Sisa Sifar dan memperjuangkan pemerkasaan wanita dan wanita khususnya menerusi siri KAO School of Confidence yang diperkasakan oleh jenama BIORE, LIESE & LAURIER,” tambah Encik Nishimaki. “Dengan bimbingan Pelan Gaya Hidup Kirei kami, kami bercita-cita memperkembangkan lagi perniagaan kami, menawar produk dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna dan masyarakat supaya kami boleh bersama-sama mengindahkan kehidupan secara menyeluruh untuk hari ini dan seterusnya.”

Untuk maklumat lanjut tentang Pelan Kirei Lifestyle Kao, sila layari: https://www.kao.com/global/en/sustainability/klp/.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.