Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ulang Tahun Ke-2 Kidzania Kuala Lumpur

Ulangtahun-Kedua-Kidzania

 

 

Kidzania Kuala Lumpur telah memasuki tahun kedua dan sedang meraikan Ulang Tahun Ke-2 Kidzania Kuala Lumpur dengan pelbagai tawaran menarik. Sempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-2 Kidzania Kuala Lumpur baru baru ini, seramai 200 pengunjung terawal di berikan tiket masuk PERCUMA, manakala pengunjung berikutnya diberikan 40% diskaun dari harga tiket masuk untuk sama-sama meraikan Ulang Tahun ke-2 Kidzania Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

 

 

Majlis sambutan ulang tahun kedua ini dipengerusikan oleh Gabenor KidZania Malaysia, 
Yang Mulia Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin, yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, Encik Andrés Fabre, 
Ketua Pegawai Operasi Global KidZania Central Government, diiringi Encik Mohd Daud Mohd Arif, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Tuan Haji Zainuddin Abas, Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merasmikan upacara memotong kek.

 

 

Ulang Tahun Ke-2 Kidzania

 

Ulang Tahun Ke-2 Kidzania

 

 

 

Di majlis ini juga, Kidzania Kuala Lumpur menyerahkan hadiah kepada 2 pemenang Utama bagi Peraduan Kidzania KL yang dianjurkan sebelum ini. Setiap mereka menerima pakej lawatan sekeluarga ke Kidzania Dubai selama 3 hari 2 malam dan pakej tersebut bernilai RM25,000 setiap satu.

 

 

Ulang Tahun Ke-2 Kidzania

 

Ulang Tahun Ke-2 Kidzania

 

Ulangtahun-Kedua-Kidzania- Kuala-Lumpur

 

Ulangtahun-Kedua-Kidzania- Kuala-Lumpur

 

Ulang Tahun Ke-2 Kidzania

 

Ulang Tahun Ke-2 Kidzania

 

Ulang Tahun Ke-2 Kidzania

Ada banyak aktiviti yang boleh anak anda lakukan di Kidzania Kuala Lumpur. Pengalaman Pertama MrJocko dan keluarga di Kidzania KL memang Best.  Ada aktiviti proses air minuman, buat kek, buat coklat, jadi doktor, jadi engineer, jadi polis, pilot dan macam-macam lagi. 

 

Dengan aktiviti di Kidzania KL, anda sebagai ibubapa, mempunyai untuk menyuntik cita-cita anak-anak anda memenuhi impian cita-cita mereka apabila dewasa kelak. Macam anak-anak MrJocko, Khalish dan Qistina, peluang jadi Pilot dan Doktor menjadi impian mereka.

 

Sempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-2 ini, Kidzania Kuala Lumpur akan mengadakan Promosi Hebat sepanjang bulan Mac 2014. Anda boleh rujuk maklumat penuh di laman web Kidzania KL. Dapatkan 40% Diskaun dari jam 1.00 pm hingga 5.00 pm dari hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti sekolah dan public holiday) dan 20% Diskaun pada hari Sabtu, bermula jam 4.00 pm hingga 9.00 pm (kecuali public holiday)

 

Jom bawa anak-anak anda ke Kidzania Kuala Lumpur. Penuhi impian mereka dengan cita-cita yang ada di Kidzania. Ia tempat yang selamat kerana keselamatan anak-anak anda menjadi keutamaan mereka. Anak-anak anda pasti akan punyai pengalaman terbaik mereka jika ke Kidzania Kuala Lumpur.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.