Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ultimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNA

Kempen Movember kini semakin menjadi perhatian ramai warga kota dalam menyokong kempen badan-badan terlibat dalam memberikan sokongan moral dan juga derma bagi menyokong aktiviti MAKNA dan beberapa badan lain yang telibat dalam penyakit Kanser. MrJocko kali ini terlibat dalam Ultimate Shave Off sempena MOVEMBER MAKNA.

Bersama beberapa rakan dari Ducati Club Malaysia, MrJocko dan rakan-rakan berkonvoi dari Solaris Mont Kiara menuju ke Great Eastern Mall Ampang bagi menyokong usaha penaja terutamanya MAKNA sempena kempen kesedaran penyakit Kanser ini.

Ultimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNA

Ultimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNA


Ultimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNAUltimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNA

MOVEMBER sebenarnya dikenali juga dengan nama Moustache dan November. Ia dimulakan di Australia pada tahun 1999, di mana ia bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit Kanser dan langkah-langkah pencegahan khas untuk kesihatan orang lelaki termasuk kanser prostate dan juga penyakit berkaitan kanser yang lain.

Tahun ini, pihak Truefitt & Hill turut berkerjasama dalam menyokong usaha murni ini. Tahun ini Truefitt & Hill, salah sebuah ‘outlet barber shop’ yang terkenal di dunia menawarkan sesi ‘cukur’ percuma kepada rakan-rakan yang turut sama menyertai kempen ini. Truefitt & Hill memperkenalkan ‘The Ultimate Shavine Experience’ kepada mereka-mereka yang ini merasai pengalaman bercukur dengan kepakaran tukang cukur terbaik dari Truefitt & Hill.

Ultimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNAUltimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNAmovember the ultimate shave off makna 06Ultimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNA

movember the ultimate shave off makna 077

Ultimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNA

Selama sebulan lebih MrJocko tidak bercukur, terasa memang agak rimas. Maklum la, MrJocko jarang simpan Jambang dan Misai. Selalunya MrJocko simpan janggut sahaja. Kini selepas sebulan lebih, terasa semua panjang dan agak merimaskan. Tetapi demi menyokong usaha dan kempen kesedaran penyakit Kanser kepada kaum lelaki khasnya Kanser Prostate dan juga penyakit kanser lain, MrJocko teruskan.

Kini, tiba masa untuk bercukur dan Alhamdulillah, tajaan bercukur kali ini diberikan oleh pihak Truefitt & Hill, jenama Barber Shop pertama di dunia yang kini anda boleh dapati di Malaysia. Untuk info, anda boleh mencuba pengalaman bercukur dengan selesa di Truefitt & Hill di lokasi outlet Great Eastern Mall Ampang, Bangsar Shopping Center dan juga JW Mariott Kuala Lumpur.

Sempena dengan event The Ultimate Shave Off Movember ini juga, pihak Rainbow Team telah menyerahkan sejumlah RM200,000 sumbangan hasil kutipan mereka sejak September hingga November 2015. Ia di serahkan sendiri oleh Rainbow Team Leader Dato’ Dr Arunan Selvaraj kepada pihak MAKNA.

Ultimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNAUltimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNAUltimate Shave Off Sempena MOVEMBER MAKNA

Berkenaan MAKNA, sehingga hari ini, lebih dari 450,000 pesakit kanser menerima bantuan dari pihak MAKNA. Sejak dari itu, MAKNA telah membelanjakan lebih dari RM63 juta untuk tujuan kos perubatan dan berkaitan untuk pesakit kanser di seluruh Malaysia.

Sehingga hari ini, ada lebih dari 200 Volunteer yang aktif dalam membantu operasi dan menganjurkan lebih dari 150 aktiviti atau inisiatif setiap tahun. 

Tidak lupa, sejak dari tahun 2000 lagi, MAKNA memperuntukkan lebih RM10 juta untuk tujuan research & development dalam usaha membantu pesakit kanser. Dalam masa yang sama, pihak MAKNA berkerjasama dengan pihak Akademi Sains Malaysia dengan belanja sebanyak RM1.2 juta dalam pembangunan penyelidikkan saintis muda sejak tahun 2001.

Untuk maklumat lanjut tentang MAKNA, sila layari laman web rasmi http://www.makna.org.my

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.