Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ulu Yam Picnic

Dah lama betul aku plan nak ke sini —> Ulu Yam
Memang dah lama, dr bulan Jun tahun lepas lagi. Membawak ke Jun tahun ni, setahun dah. Kalau plan asal aku nak siap camping smua skali. Tp, my kids still kecik lagi. tak brani tanggung risiko. Pasal skang musim cuti, nak cuti jauh2 makan modal besar, so, aku buar budget trip ke Ulu Yam jer la.
Pagi2 aku dh pesan wife aku suh goreng nasi dgn meehoon lebih pasal nak bfast dan piknik skaligus kat Ulu Yam. Ingatkan nak gerak awal, alih2 kul 9.30am jugak dr umah. Sampai Sg Tua, aku dah masuk port yg mula2. Dah tak sempat nak undur dah, lagipun, masuk kena bayar parking keta RM4 per entry. mahal dow… Dlm hutan, bukan nya dlm KL.
Dah bayar, takkan nak kuar balik. Kami berkampung kat sana jer la. Pasal aper aku rasa nak undur tadi, pasal aku tgk kawasan tu biasa jer. Dah la sungai dia kecik. Air lak deras. Port cantik2 dah byk org lain ambik. Aku confirm tersilap masuk. Pasal, kalau ke atas lagi menuju ULU YAM, byk lagi kawasan perkelahan yg menarik dan lagi jernih air.
Aku tgk my kids dan adik2 aku dah tak sabar, aku layan jer la. Sampai, carik port, bentang tikar, bfast dulu. Pastu baru mandi. Aku sempat tido kejap jer, pastu baru mandi layan my kids.
Pukul 2.00 ptg smua dah start boring. Sambil masing2 kesejukan. Aper lagi, kemas, trus gerak balik. Nak masak dah tak larat, aku singgah Restoran Bapak beli lauk. Udang Galah, Sotong, Lala, Ayam Bakar dan Daging Sup. Murah. Baru RM30.
Dah sampai umah, lepas mandi smua tak larat nak makan. Rupernya bukan aku jer, smua terbungkang tido kat hall. Sedar2 kul 5.30 ptg baru nak bangun makan lunch…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.