Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Umeda Sky Building Bangunan Terkenal Di Osaka Jepun

Masa MrJocko melawat Osaka, kami menggunakan kemudahan rangkaian LRT dan Keretapi Jepun sebagai pengangkutan utama. Antara yang senang untuk anda lawati ialah Umeda Sky Building Bangunan Terkenal Di Osaka Jepun. Dari setesen Umeda Osaka, hanya 5 minit berjalan kaki untuk anda sampai ke bangunan tertinggi di Osaka ini.

Kenapa bangunan ini terkenal? Salah satunya kerana ia mempunyai tarikan ‘Floating Garden’ di puncak atas bangunan Umeda Sky Building

Umeda Sky Building

 

umeda-sky-building-osaka

 

 

Bangunan Sky Umeda ialah sebuah bangunan tinggi yang menakjubkan di daerah Kita di Osaka, berhampiran Stesen Umeda Osaka. Ia juga lebih dikenali sebagai “New Umeda City”.

Setinggi 173 meter, bangunan Umeda Sky ini terdiri daripada dua menara yang disambungkan antara satu sama lain oleh “Floating Garden Observatory” di tingkat ke-39. Ruang observation di sini menawarkan pemandangan indah sekiytar bandar Osaka melalui tingkap dan dari dek yang terbuka. Di tingkat bawah, terdapat satu tingkat restoran yang menyerupai sebuah bandar awal Tempoh Showa, manakala yang lain adalah bangunan untuk pejabat.

 

umeda-sky-building-osaka umeda-sky-building-osaka umeda-sky-building-osaka umeda-sky-building-osaka

umeda-sky-building-osaka umeda-sky-building-osaka umeda-sky-building-osaka umeda-sky-building-osaka

Kalau dari luar, tidak la nampak se’gah’ bangunan tinggi lain. Namun ia memang menjadi kebanggaan warga Osaka. Kalau nak bandingkan design bangunan, banyak lagi yang menarik di Malaysia, tetapi ia antara yang terbaik di Osaka kerana keadaan negara itu yang ada mengalami masalah gempa bumi. Bangunan ini sebenarnya kukuh dan utuh.

Dari dalam, anda dapat melihat sekitar kawasan Osaka. Lebaran sungai yang merentasi bandar Osaka sambil menikmati minuman sejuk atau panas di cafe yang disediakan.

Nak lagi best, nanti follow story MrJocko naik ke “Floating Garden” di atas puncak bangunan Umeda Sky Building ini.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.