Site icon Travel Blogger Malaysia

Unboxing Galaxy Note9 Midnight Black RM3,699 Malaysia

Fenomena pelancaran Smartphone Samsung terbaik di Malaysia setakat ini, MrJocko turut sama dalam menyaksikan pengenalan kepada model terbaru Samsung Galaxy Note9 yang telah berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada bulan Ogos 2018 yang lepas. Kini, masa untuk Unboxing Galaxy Note9 Midnight Black RM3,699 Malaysia.

Model Galaxy Note9 ditawarkan dengan 4 variasi warna iaitu Midnight Black, Mettalic Cooper, Lavender Purple dan juga Blue Ocean. Untuk kapasiti storan dalaman 512GB, ia hanya mempunyai variasi warna Midnight Black dan Ocean Blue sahaja dengan harga RM4,599.

Baca : Telefon Samsung Galaxy Note8

 


Unboxing Galaxy Note9 Midnight Black

unboxing galaxy note9 harga malaysia RM3699
 

Setakat ini, model warna Blue Ocean dengan S Pen berwarna kuning menjadi pilihan ramai peminat Samsung Galaxy Note9. Setakat ini, model untuk Blue Ocean 128GB telah habis ditempah. Hanya tinggal model Galaxy Note Blue Ocean 512GB sahaja.

Pertama kali melihat dan merasai sendiri bentuk dan juga kuasa Galaxy Note9 ketika pelancarannya, semua tetamu teruja. Bukan sahaja kerana spesifikasi, malah ditambahbaik, kualiti gambar, video stabilizer, fung S PEN yang dipertingkat, kelajuan processor dan banyak lagi fungsi lain, meninggalkan pesaing smartphone yan terdekat.

Melihat fungsi smartphone Samsung Galaxy Note9 ini, ia memang menang dalam semua aspek. Ia, telefon PREMIUM terbaik setakat ini.

Pakej Samsung Galaxy Note terbaru model Midnight Black 128GB datang dengan satu unit peranti, charger port, USB cable Type USB-C, On The Go USB-C, extra USB-C Adapter, Earphones jenama AKG, Extra Earphones Buds dan Soft Clear Jelly Cover Case.

Untuk model Galaxy Note9 Midnight Black, S PEN berwarna hitam. Paling menarik, model Blue Ocean yang mana S PEN nya didatangkan dengan warna kuning yang sangat menarik.

Spesifikasi ringkas Galaxy Note9 seperti berikut :

Paparan : 6.4″” Quad HD+ Super AMOLED (2960×1440) 516 ppi Infinity Display
Berat : 201 g (S Pen: 3.1 g)
S Pen Support : Ya (Dilengkapi Bluetooth)
Bateri :4000MAh
Memori : Storan Dalaman 128GB / RAM 6GB dan 512GB / RAM 8GB
Pemacu : Octa-Core 64-bit 10㎚ ※2,7GHz + 1,7GHz
Kalis Air & Habuk : IP68
OS : Android 8.1 (Oreo)
Kamera Depan : 8MP AF Sensor F1.7
Kamera Belakang : Dual Pixel 12MP AF, F1.5· Telefoto (Sensor 12MP AF, F2.4)
Slow Motion : Video Super Slow-mo

Harga untuk model Samsung Galaxy Note9 model Midnight Black ini ialah RM3,699 dengan kapasiti storan tersedi 128GB. Untuk normal user dan kaki ambil gambar, ia sudah cukup. Kalau nak lagi besar, boleh tambah 128GB lagi External Memory Card.

Berminat untuk membeli Samsung Galaxy Note terbaru ini boleh terus layari link Samsung Mobile Galaxy Note9 Malaysia ini.

#Samsung #GottaHaveIt #SPen #GalaxyNote9

Exit mobile version