Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Unboxing Jam Casio G-Shock DW9052-2VDR

Hujung minggu lepas, MrJocko singgah di G-Shock Fans Cub Gathering Malaysia di laman Istana Budaya. Hajat asal nak beli jam tangan Casio G-Shock yang original yang cantik dan murah kat sana. Namun, tidak ada rezeki. Semalam baru sempat unruk COD satu unit jam baru. Ini cerita Unboxing Jam Casio G-Shock DW-9052-2VDR dengan harga  RM260.

Jam Casio G-Shock DW9052-2VDR ini MrJocko beli selepas nego secara online di Fanpage G-Shock Community Malaysia.

Baca : Koleksi Jam GShock Vintage dan Jam Getah Biasa

Unboxing G-Shock DW9052-2VDR

 


Unboxing G-Shock DW9052-2VDR

Unboxing Jam Casio G-Shock DW-9052-2VDR

 

Jam Casio G-Shock DW9052 ini adalah antara model G-Shock yang paling murah. Kebiasaan model G-Shock jenis DW yang lain dijual dengan harga sekitar RM350 hingga RM450 mengikut jenis dan juga warna. Kalau ia limited edition, sudah pasti harga boleh cecah hingga ribuan ringgit.

Untuk info, jika anda membeli jam G-Shock, pastikan anda mendapat jam yang diedarkan oleh Marco Malaysia. Syarikat ini merupakan pengedar terbesar di Malaysia dan bertanggungjawab membawa masuk model-model jam original Jepun ke Malaysia.
 

Review G-Shock DW9052-2VDR

Unboxing Jam Casio G-Shock DW-9052-2VDR jam-g-shock-original-05 Unboxing Jam Casio G-Shock DW-9052-2VDR g-shock original dw

 

Memandangkan sekaran ada banyak jam tangan G-Shock tiruan di pasaran, sebaiknya anda pastikan dulu produk yang anda nak beli terlebih awal. Sebab itu, MrJocko sebenarnya lebih suka jual beli secara Cash On Delivery dengan penjual untuk memuaskan hati.

Kebiasaan untuk jam tangan original G-Shock, anda akan mendapat jam tangan model yang tertera di kotak atau case, kad warranty, buku manual, tag price harga dan juga hologram.

Tips beli jam G-Shock, sebaiknya simpan semua yang ada dapat ini, jika anda bercadang untuk jual balik, Jangan terkejut kerana market harga jam G-Shock agak stabil di pasaran. Tambah lagi kalau jam G-Shock yang bersifat collector edition dan limited edition. Ribuan ringgit menjadi carian ramai pengumpul jam G-Shock.

Jadi, sebenarnya kalau anda mengumpul jam G-Shock, anda umpama mengumpul koleksi terhad yang mungkin anda boleh jual dengan mudah dalam masa beberapa tahun yang akan datang dengan harga yang menarik.

Ada banyak pengumpul jam G-Shock beli jam dengan harga RM300, tetapi selepas 5 atau 6 tahun, mereka boleh jual jam tersebut dengan nilai ribuan ringgit. Kalau model ni, Casio G-Shock DW-9052 mungkin tak mahal la, sebab ia model biasa.

Baca : MrJocko dan Jam G-Shock

 

g-shock original

 

Kalau anda ada scanner barcode ini, cuba scan. Anda akan tahu detail pasal produk ini untuk rujukan anda. Mudah kan?

InsyaAllah, MrJocko juga akan mula perbanyakkan menyimpan koleksi G-Shock ini. Tak perlu beli yang mahal, cukup la beli jam yang sekitar harga RM300 untuk koleksi peribadi. InsyaAllah juga, nak simpan duit banyak-banyak sebelum ke Jepun untuk beli koleksi di sana.

Kalau nak baca pasal koleksi jam tangan MrJocko sebelum ini, boleh baca di entry ini :-

http://www.mrjocko.com/2012/02/koleksi-jam-tangan-aku.html

http://www.mrjocko.com/2008/11/koleksi-aku-jam-tangan-pelbagai-jenama.html

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.