Site icon Travel Blogger Malaysia

Unboxing Neffos C9A Smartphone Harga RM429 Malaysia

Model pertama smartphone jenama Neffos yang MrJocko guna ialah Neffos C5. Selepas itu, hingga kini, guna Neffos C7, sangat berpuas hati dengan kualiti telefon ‘middle range’ ini dengan harga murah dan kualiti kamera 8MP yang awesome. Kini, MrJocko berpeluang untuk Unboxing Neffos C9A Smartphone Harga RM429 Malaysia, satu lagi smartphone baru yang berbaloi untuk dimilikki.

Sudah lebih 6 bulan MrJocko menggunakan smartphone Neffos C7, sebagai blogger yang selalu travel, ia gadget yang mesra guna. Neffos terkenal dengan harga smartphone yang murah, tetapi menawarkan pakej gadget yang berbaloi untuk semua.

Baca Review Neffos C7 di pautan ini MrJocko dan Neffos C7.

Unboxing Neffos C9A Smartphone
 

unboxing-neffos-c9a-smartphone

Neffos C9A Specs

 

Smartphone Neffos C9A dilancarkan pada akhir bulan Julai 2018 yang lalu bersama model-model lain seperti Neffos C7A (RM359), Neffos C9 (RM479) dan juga Neffos X9 3GB + 32GB (RM599) dan juga Neffos X9 4GB + 64GB (RM799).

Smartphone model Neffos C9A ini antara telefon pintar yang boleh menyamai smartphone seperti Redmi 6A, honor 7s dan ASUS ZenFone Live L1. Ia memiliki skrin lebar 18:9 berukuran saiz 5.45-inci dan juga resolusi HD+.

Untuk info, Neffos C9A menggunakan cip Mediatek MT6739 bersama 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Pun begitu saiz bateri agak besar, ia berkapasiti 3,020mAh.

Kamera telefon Neffos C9A punyai kuasa 13MP autofokus dan LED Flash di belakang serta 5MP kamera depan dengan LED soft light.
 

Beza Neffos C7 dengan Neffos C9A

Beza Neffos C7 dengan Neffos C9A

 

Baru sahaja unboxing, untuk review penuh tentang kuasa, rakaman gambar, video dan juga ketahanan bateri Neffos C9A ini, nanti akan MrJocko kongsi dalam entry blogpost akan datang. Sementara itu, bagi la peluang untuk MrJocko merasai dulu apa yang menarik tentang smartphone C9A ini dulu dalam beberapa minggu.

Untuk korang semua yang berminat untuk dapatkan telefon Neffos C9A atau banyak lagi smartphone jenama Neffos secara online, boleh beli dengan mudah di laman web 11street, Lazada Malaysia dan juga Lelong.com.my.

Exit mobile version