Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy A22 Quad Camera

Minggu lepas, kami singgah di Samsung Center The Garden dan mendapatkan satu unit telefon pintar yang baru. Untuk kali ini, sekali lagi nak kongsi dengan anda, Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy A22 Quad Camera, telefon mampu milik untuk semua dengan hanya RM899 sahaja, anda boleh memilik telefon yang mempunyai empat camera (Quad Camera).

Ketika kita masih lagi di dalam perlaksanaan Fasa 2 di kebanyakkan negeri di Malaysia, sesi pembelajaran anak-anak masih lagi dilakukan di rumah dengan cara PDPR. Pembelajaran secara dalam talian ini pasti lebih susah, jika ibubapa tidak mempunyai gajet yang sesuai untuk digunakan semasa sesi pembelajaran.

Baca : Look And Feel Galaxy A22 RM899 Harga Malaysia Di Samsung Center The Garden

Unboxing Samsung Galaxy A22 Malaysia

 


Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy A22 Quad Camera

unboxing galaxy a22 samsung

unboxing galaxy a22 samsung
 

Kalau sebelum ini, kami guna Samsung Tab A7 Lite untuk si Bongsu Ayish bagi pembelajaran PDPR, kali ini kami dapatkan Galaxy A22 untuk si Kakak guna untuk kelas PDPR. Untuk kali ini, bajet RM899 sangat berbaloi untuk kualiti apa yang ditawarkan oleh Samsung Mobile Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia, ada ditawarkan 3 warna seperti Mint, Hitam dan juga Violet. Kami memilih untuk mendapatkan Galaxy A22 Violet, kerana waran untuk model ini nampak lebih cantik.
 

unboxing galaxy a22 samsung

unboxing galaxy a22 samsung

Layari pautan rasmi Galaxy A22 Samsung Malaysia
 

Bagi set Galaxy A Series ini, masih ada lagi beberapa komponen yang belum dikeluarkan. tidak seperti model premium. Alhamdulillah, masih ada Power Adapter, Earphones. USB Cable Type C, Manual, dan juga Pin. Peranti juga terletak dalam box dengan kemas serta cantik dengan rekaan 4 kamera di bahagian belakang.

Untuk slot USB charger ia diasingkan dengan lubang untuk earphones. Bermaksud, tak perlu risau untuk mengecas dan mendengar audio menggunakan cable jack audio, tidak seperti Galaxy Note10 kami. Slot untuk sim card juga seperti model lain, tiada perubahan besar untuk Galaxy A Series.
 

unboxing galaxy a22 samsung

unboxing galaxy a22 samsung

unboxing galaxy a22 samsung

unboxing galaxy a22 samsung

unboxing galaxy a22 samsung
 

Terbaik untuk Samsung kali ini, sepatutnya dapat pujian yang lebih kerana memberikan kualiti 48MP untuk kamera utama dan 8MP untuk kamera Wide. Hasil untuk kedua-dua kamera ini pasti lebih jelas untuk kepuasan pengguna.

Paparan skrin, menggunaka kualiti paparan HD + Super AMOLED dan 600 nits untuk kejelasan, gambar atau video anda akan kelihatan jelas, sharp dan menakjubkan. Fungsi Plus, Real Smooth menjadikan paparan lancar, sama ada anda sedang bermain atau melayari internet.
 

unboxing galaxy a22 samsung
 

Ingatkan ia untuk remaja dan kanak-kanak. Kalau fungsi sebegini, saya jamin, ia juga sangat sesuai untuk kegunaan dewasa dan orang kebanyakkan yang mementingkan kualiti tetapi dengan lingkungan harga mampu milik di bawaha nilai RM1000 di Malaysia.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.