Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy A53 5G Quad Camera
|Selepas kami dikenalkan dengan koleksi Samsung Galaxy S22 Series, pertengahan Mac 2022, kami ditemukan dengan satu lagi peranti bajet sederhana yang mempunyai Quad Camera (Empat Kamera). Kami memilih untuk berkongsi pengalaman nyah kotak telefon pintar Galaxy A53 yang dikatakan mempunyai ciri tambah baik berbanding Galaxy A52 sebelum ini. Pengalaman kami Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy A53 5G Quad Camera, buktikan kepada peminat Android bahawa peranti ini jauh lebih baik dari jangkaan kami.
Ramai yang kata, jika anda yang lebih suka kepada skrin besar serta memerlukan jangka hayat bateri yang lebih tahan lama, ditambah dengan prestasi pantas, ini adalah peranti yang terbaik untuk pilihan carta pembelian anda. Peranti baru ini ada nilai yang ditambah kepada kehidupan seharian bagi penggunanya. Sebuah telefon pintar yang boleh mengubah pengalaman maksima menggunakan ‘smartphone’, sebab itu, kami sangat mengesyorkannya kepada rakan dan keluarga.
Baca : Samsung Perkenal Galaxy A Series Tahun 2022
Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy A53 5G Quad Camera
Warna pilihan kami, Awesome Peach. Warna ini antara warna yang jarang ada bagi peranti Samsung dan pasti ia sangat sesuai untuk adik-adik serta kakak-kakak.
Kali ini, bagi model Galaxy A53, ia datang dengan kotak yang lebih nipis. Di dalamnya terdapat peranti A53, USB Cable Type C, Pin dan Manual. Tidak ada lagi Plug, tiada lagi Cover Housing Clear Jelly Percuma dan Earphone seperti yang pernah kita dapat ketika beberapa tahun yang lepas. Nampaknya, hampir pasti keluaran Samsung selepas ini tidak akan menyediakan aksesori seperti yang sebelumnya.
Namun, melihat kepada rekaan design A53, ia nampak lebih kemas dan style. Satu kamera Selfie di hadapan dan empat kamera di belakang akan memberikan kepuasan bagi model ini. Kamera selfie lebih tajam dengan 32MP, manakala kualiti 64MP pada kamera utama, 12MP kamera Ultra Wide, 5MP untuk Depth Camera dan 5MP untuk Macro. Bukankan ia lebih dari cukup untuk kita semua?







Kemasan kali ini sangat berbaloi. Sekali lihat, sudah nampak bahagian depan dan belakang lebih premium dan mewah. Walaupun harga jualannya hanya sekitar RM1800, model ini pasti antara model berbaloi untuk dimiliki.
Skrin 6.5-inci kelihatan sangat menakjubkan. Seperti telefon Samsung yang lain, ini ialah paparan AMOLED, berwarna-warni, kaya, terperinci dan cantik. Ia adalah panel HD+ Penuh, 2400 x1080p, dengan resolusi 404 piksel per inci. Kecerahan maksimum ialah 800 nits, cukup baik untuk membaca e-buku atau membaca artikel berita di peranti ini.
Kami sendiri tak sabar nak lihat kapasiti penggunaan telefon pintar ini. Sejauh mana ia boleh pergi dan pastinya, adakah ia boleh menjadi peranti peneman terbaik kami.