Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Unboxing Samsung Galaxy A72 Quad Camera 64 Megapixel Tahun 2021

Cerita saya Unboxing Samsung Galaxy A72 Quad Camera 64 Megapixel Tahun 2021, warna yang popular Awesome Black. Ini antara telefon pintar yang mempunyai Quad Camera terbaik dikalangan harga bawah RM2000 di Malaysia. Khas buat peminat telefon pintar Samsung dalam keluarga A Series, model terbaru untuk level model-model ini baharu sahaja dilancarkan pada 17 Mac 2021 melalui event Samsung Galaxy Awesome Unpacked 2021. Dalam banyak-banyak model yang diperkenalkan, saya nak kongsi smartphone baru.
 

Untuk info ringkas pada majlis pelancaran Galaxy Awesome Unpacked tersebut, Samsung memperkenalkan model keluarga A Series terdiri daripada model Galaxy A32, Galaxy A52 dan juga Galaxy A72. Ketiga-tiga model ni, antara model popular dan dijual di Malaysia dengan harga mampu milik.

Baca : Review Galaxy Buds Pro Yang Awesome

Galaxy A72 Camera 64 megapixel

 


Unboxing Samsung Galaxy A72 Quad Camera 64 Megapixel Tahun 2021

Ini pengalaman saya sendiri unboxing Samsung Galaxy A72. Set galaxy ini datang dengan peranti smartphone, socket cable type C, USB cable type C, buku manual Quick Start Guide, warranty card dan pin untuk buka slot sim card. Untuk model ini, tidak disertakan earphone dan extra soft housing seperti model Samsung Galaxy Note20 yang saya review beberapa bulan yang lepas.
 

Unboxing-Samsung-Galaxy-A72-Camera-64-Megapixel-03
Unboxing-Samsung-Galaxy-A72-Camera-64-Megapixel-03

Galaxy A72 Quad Camera

 

Unboxing-Samsung-Galaxy-A72-Camera-64-Megapixel-02 copy

Unboxing-Samsung-Galaxy-A72-Camera-64-Megapixel-01
 

Selepas lebih setahun, Samsung kembali menambah model di dalam keluarga A Series. Model-model Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72 kini kembali ke pasaran untuk bersaing dengan model lain, setarafnya.

Antara sebab utama saya rasa Samsung Galaxy A72 ini terbaik ialah kerana kualiti kamera utamanya kini didatangkan sengan 64MP, kamera selfie depan 32MP serta 3 lagi kamera Wide kualiti 12MP, dan Kamera Zoom 8MP dan juga kamera Macro 5MP yang boleh dkikatakan lengkap dalam satu peranti, khas buat mereka yang sukakan fotografi serta merakam gambar serta video.

Tambahan pula, selepas ditambah baik, kualiti rakaman video untuk telefon pintar Galaxy A72 ni, lebih tajam dan jelas untuk rakaman video sepanjang masa. Senang cerita ramai Tech Blogger dan juga Instafamous atay Influencer lain yang sudah review telefon pintar ini lebih awal, sangat berpuas hati dengan Galaxy A72 jika nak dibandingkan dengan harga RM1899, kualiti yang padu, serta pemprosesan yang sangat pantas. Ini belum lagi dikongsi tentang storan dalaman yang cukup besar untuk penggunaan semasa.

Oh yang, lebih menarik, dengan slot yang ada, anda boleh tambah lagi SD card tambahan untuk storan yang lebih besar…

Galaxy A72 Quad Camera Megapixels

Samsung-Galaxy-A72-Colors-Malaysia-Price
 

Perbezaan Antara Samsung Galaxy A70 vs Galaxy A71 vs Galaxy A72

Unboxing-Samsung-Galaxy-A72-Camera-64-Megapixel-05
Beza Spesifikasi A70 vs A71 vs A72

Compare Galaxy A70 A71 A72
 

Sumber Perbandingan : GSMArena Compare Samsung A70, A71 and A72

Mengikut apa yang kami dengar harga untuk model A Series Samsung Galaxy A32 ialah sekitar RM1099, Galaxy A52 ialah RM1679 dan Galaxy A72 ialah RM1899. Harga mampu milik untuk tarafnya.

Sila rujuk laman web rasmi Samsung Malaysia untuk dapatkan harga semasa yang lebih tepat dan jugak harga promosi telefon pintar murah hanya di Samsung Malaysia Website.

Bagi saya masa dalam 2 minggu, saya pun nak cuba kualiti gambar dengan kualiti kelajuan smartphone Galaxy A72 ini sepuas hati. Nanti, kami akan kongsi hasil dan review kami di Facebook, Blog dan juga Instagram.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.