Unboxing Samsung Galaxy Buds Pro Phantom Violet
|Unboxing Samsung Galaxy Buds Pro Phantom Violet, peranti yang diperkenalkan bersama-sama model baru Samsung Galaxy S21 baru-baru ini diperkenalkan di Malaysia. Dengan membawa satu lagi gadget tambahan, ia menjadi pelengkap kepada peranti telefon bimbit yang hebat jenama samsung ini. Ia adalah earphones wireless (fon telinga tanpa wayar) terbaru dengan teknologi terbaik bagi peminat audio di Malaysia.
Kalau sebelum ini, AKG dengan kerjasama Samsung mengeluarkan earphones yang sudah mempunyai kualiti bunyi yang enak didengar, menggunakan wayar, tetapi kali ini, dengan Galaxy Buds Pro wireless ia memberikan sesuatu yang terbaru untuk pelengkap telefon pintar anda.
Baca : Padankan Galaxy Buds Pro dengan Samsung Galaxy Note20 Ultra
Unboxing Samsung Galaxy Buds Pro Phantom Violet
Peranti Buds Pro earphone wireless dari Samsung ini ditawarkan dengan 3 warna yang cantik iaitu Hitam, Silver dan juga warna Phantom Violet. Satu warna ini, pasti akan menjadi pilihan anda.
Setiap kotak earphones wireless ini dijual dengan lengkap termasuk peranti sepasang earphones rekaan yang cantik, charging cable, charging case, buku manual dan aturan serta ear tip untuk keselesaan ruang telinga anda.
Pastinya rekaan peranti Buds Pro kali ini lebih menarik dari rekaan sebelumnya. Paling penting, ia melekat ditelinga dan tidak perlu risau jika anda aktif seharian sambil menggunakan peranti earphones wireless ini.
Untuk pengembaran dan mereka yang selalu guna earphone semasa dalam penerbangan, yang ni antara yang terbaik sebab bukan sahaja ada fungsi bunyi 360°, tetapi juga pengurangan bunyi bising diluar membolehkan bunyi diperanti lebih enak untuk anda hayati.
Video Unboxing Samsung Galaxy Buds Pro oleh Samsung
https://www.facebook.com/SamsungLanka/videos/243526630652435
Tak perlu lagi untuk guna earphones dengan wayar yang menyusahkan. Beralihlah kepada wireless galaxy buds Pro. Berminat untuk dapatkan unit Galaxy Buds Pro, boleh layari laman web Samsung Malaysia.
Update 1 Julai 2021 : Selepas Menggunakan peranti AKG Buds Pro Selepas 5 Bulan
Sambungan (Pairing)
Paling ketara sambungan peranti ini dengan smartphone android atau iOS sangat bagus dan cepat. Sambungan automatik dengan mudah dengan peranti yang sudah kita selalu guna.
Kualiti Bunyi
Sangat menakjubkan. Letak sahaja di dalam telinga, satu sistem akan automatik setting bunyi dan membuang bunyi luar yang tidak perlu. Sebab itu, bunyi yang dihasilkan menjadi lebih jelas, lebih sharp dan terbaik.
Ketahanan Bateri
Selalunya saya guna sekitar 5 jam sehari. Untuk kegunaan ini, saya masih boleh guna Buds Pro ini selama 3 hari dengan ketahanan bateri di dalam peranti dan juga casing yang mampu mengecas semula.
Simpanan
Ia memang sangat kecil dan boleh diletakkan di dalam poket seluar atau poket baju dengan mudah. Tak perlu risau dengan storan yang besar.
Rekaan
Bentuk casing yang empat segi, dengan rekaan peranti yang sesuai dengan lubang telinga universal. Ia sangat padat dan tidak mudah jatuh walaupun jika nada berada dalam posisi berjalan.