Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Unboxing Samsung Galaxy Buds2 Pro Malaysia RM899

Satu lagi fon telinga tanpa wayar memasuki pasaran market dunia dengan membawa pelbagai spesifikasi terbaik di dalamnya. Perkenalkan Galaxy Buds terbaru dari Samsung dan kini ia boleh anda dapatkan di semua outlet Samsung seluruh Malaysia termasuk pembelian secara online. Kami bertuah, sekali lagi diberi peluang untuk Unboxing Samsung Galaxy Buds2 Pro Malaysia RM899.

Selepas mula-mula diperkenalkan dengan Galaxy Buds, Galaxy Buds Live dan Galax Buds Pro, kini teknologi audio di telinga anda akan lebih menarik dengan tibanya peranti hebat ini untuk anda padankan dengan Android, Ois atapun peranti Harmony.

Baca : Samsung Galaxy Buds Malaysia Price

Samsung Galaxy Buds2 Pro

 


Unboxing Samsung Galaxy Buds2 Pro Malaysia RM899

Unboxing Samsung Galaxy Buds2 Pro
 

Kami mendpatkan Galaxy Buds2 Pro berwarna hitam, atau dikenali dengan kod nama Graphite. Rekaan yang sedikit sahaja berbeza dengan rekaan Galaxu Buds Pro yang lama, dan dipadankan dengan warna mate yang sangat cantik dan kemas.

Peranti ini dijual dengan harga jualan runcit RM899 di pasaran Malaysia dan hadir dengan 3 pilihan warna cantik termasuk warna unik Bora Purple, Graphite dan White. Setiap warna ini memang memukau dan pasti akan sesuai dipadankan dengan warna telefon pintar atau gadget komputer peribadi anda.
 

Unboxing Samsung Galaxy Buds2 Pro

Unboxing Samsung Galaxy Buds2 Pro

Unboxing Samsung Galaxy Buds2 Pro

Unboxing Samsung Galaxy Buds2 Pro

Unboxing Samsung Galaxy Buds2 Pro
 

Apa yang kami faham, ini adalah spesifikasi Galaxy Buds2 Pro yang paling ketara:

1. Tiga warna: Grafit, Putih, Bora Ungu
2. Pembesar suara: Koaksial Tersuai 2 hala (Tweeter + Woofer)
3. Hi-Fi 24bit, Audio 360 dengan Berbilang Saluran Terus
4. ANC + Mikrofon SNR Tinggi (2 luar + 1 dalam)
5. Pengesan Suara
6. Tahan Sehingga 5 jam / Jumlah sehingga 18 jam (ANC hidup) masa main
7. Tahan Sehingga 8 jam / Jumlah sehingga 29 jam (ANC off) masa main
8. Bluetooth 5.3, Penukaran Auto
9. Audio LE “akan tersedia lewat tahun ini”
10. Rintangan air IPX7 (untuk fon telinga, bukan bekasnya)

Berminat dengan earbuds ini, boleh terus beli secara dalam talian di pautan Samsung Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.