Unboxing Samsung Galaxy J1 Pakej Yes 4G 30GB Data
|Sempena dengan pelancaran smartphone Samsung Galaxy J Series beberapa hari yang lepas, MrJocko berpeluang untuk review smartphone entry level, kelas sederhana yang diberi nama Samsung Galaxy J1 Pakej Yes 4G 30GB yang dipertingkatkan. Masa untuk unboxing telefon Samsung dan lihat apa yang ada dalam pakej bundle Yes 4G ini.
Menarik kali ini bila pakej smartphone Galaxy J1, Galaxy J5 dan juga Galaxy J7 datang dengan pilihan kombinasi pakej prepaid Telco Yes 4G sebanyak 30GB.
Unboxing Samsung Galaxy J1 Pakej Yes 4G 30GB Data
Saiz smartphone Galaxy J1 ini antara yang paling kecil diantara smartphone lain. Model jenis ini merupakan model smartphone ‘entry level’ dengan harga jualan RM449. Ya, agak murah dan lebih murah dan berbaloi bila digandingkan dengan Kad Prepaid Yes 4G yang mempunyai data 30GB secara PERCUMA. Untuk promosi hebat dari Samsung Mobile dan Yes 4G kali ini, anda boleh pilih untuk membeli model Galaxy J1, Galaxy J5 ataupun Galaxy J7.
Pakej Samsung Galaxy J1 yang ini datang dengan peranti telefon bimbit Galaxy ini, bateri original, charger, earphone, warranty card, manual dan pakej tambahan Kad Prepaid Yes 4G dengan kandungan data 30GB internet PERCUMA. Semua ini anda boleh beli di mana-mana outlet wakil rasmi Samsung Mobile dengan harga cuma RM449 sahaja.
Bukan setakat itu, untuk masa promosi ini, jika anda membeli pakej tersebut, anda berpeluang untuk memenangi satu daripada 30 buah kereta yang disediakan sepanjang tempoh promosi ini. Wow lagi!!!
Dengan saiz screen yang agak lebar, kualiti skrin Super WVGA sAmoled yang ternyata lebih jelas dan terang bersama kelebihan dual sim untuk memudahkan anda jika anda punyai 2 sim kad telco atau pengembara seperti MrJocko. Bila travel ke luar negara, senang nak masukkan sim kad negara tersebut tanpa perlu keluarkan sim kad sedia ada. Lagi senand kan?
Sudah pasti dengan nilai harga yang murah, smartphone ini berbaloi dengan kualiti kamera belakang 5MP dan kamera selfie 2MP. Untuk gambar dengan nilai yang ditawarkan kira berbaloi.
Antara yang dipertingkatkan berbanding model lama Galaxy J1 tahun 2015 ialah dengan menambah Internal storage dari 4GB kepada 8GB cukup untuk kegunaan biasa. Cukup untuk digandingkan dengan processor 1.3GHz Exynos 3475 quad-core processor. Kali ini, Galaxy J1 datang dengan saiz lebih besar iaitu 1GB RAM berbanding sebelumnya.
Untuk anda yang memerlukan telefon pintar sebagai back-up atau untuk diberikan kepada anak-anak, ini mungkin pilihan yang sesuai, Samsung Galaxy J1 versi 2016.
Wahhh.. cambest giler produk nie.. terbaikkk
Wah dapat henpon free ker Mr Jocko ?
Rezeki alhamdulillah