Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Unboxing Samsung Galaxy Tab A7 Lite Tablet Harga RM699 Malaysia

Minggu ini, kami berpeluang untuk kongsi gajet terbaru dari Samsung. Ini perkongsian kami, Unboxing Samsung Galaxy Tab A7 Lite Tablet dengan harga jualan retail sekitar RM699. Peranti tablet model terbaru ini sememangnya gajet yang sesuai untuk ibu bapa yang mencari peranti bantuan pembelajaran anak-anak di rumah ketika perlaksanaan PKP ini.

Ramai mak ayah pening untuk cari gajet sesuai untuk kelas PDPR anak-anak di rumah. Nak beli komputer riba, mungkin ramai yang tak mampu dengan harga melebigi RM1500 bagi satu unit. Namun dengan Samsung Galaxy Tab A7 Lite, masalah anda mungkin dapat diselesaikan.

Baca : 5 Sebab Kenapa Samsung Galaxy Tab A7 Lite Sesuai Untuk PDPR

unboxing galaxy tab a7 lite malaysia

 


Unboxing Samsung Galaxy Tab A7 Lite Tablet Harga RM699

unboxing samsung galaxy tab a7 lite 05 copy

unboxing samsung galaxy tab a7 lite 01

unboxing samsung galaxy tab a7 lite 02
 

Sebelum ini, si kecil Ayish menggunakan smartphone untuk kelas PDPR di rumah. Namun, disebabkan saiz skrin yang kecil ia agak tidak selesa untuk pembelajaran. Ditambah dengan presentation guru yang menggunakan tulisan yang biasa dan agak kecil, pasti akan ada masalah untuk anak-anak memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka.

Sebab itu, kami memilih untuk menggunakan tablet Galaxy A7 Lite ini untuk kelas PDPR di rumah. Untuk dapatkan produk yang asli, boleh ke outlet Samsung Malaysia berhampiran atau mana-mana wakil jualan sah Samsung berdekatan. Untuk info, harga retail setakat ini diletakkan sekitar RM699 sahaja.
 

unboxing samsung galaxy tab a7 lite 03
Size Sesuai Untuk Kanak-kanak

unboxing samsung galaxy tab a7 lite 04
Samsung Galaxy Tab A7 Lite

 

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A7 Lite Tablet

Paparan : 8.7-inci 1340×800 (WXGA+) TFT
Dimensi : 212.5 x 124.7 x 8.0mm
Berat : 366g
Camera Belakang : 8MP AF
Camera Depan : 2MP
Memory : 4GB RAM dan 64GB ROM Storan Dalaman (microSD sehingga 1TB)

Processor : Octa-core 4×2.3GHz + 4×1.8GHz
Bateri : 5,100mAh (15W Adaptive Fast Charging supported**)
Sambungan : LTE
Wi-Fi 5 (802.11 a/b/g/n/ac),
Wi-Fi Direct, Bluetooth® v5.0

Penyambungan : Type C USB 2.0, 3.5mm Ear jack
Sensors : Accelerometer, Compass, Light sensor
GPS : GPS+GLONASS, Beidou, Galileo
Audio : Dual Stereo Speakers sound by AKG, Dolby Atmos®
Video Recording : FHD (1920×1080) @ 30fps
Playback : FHD (1920×1080) @ 30fps

Info : Samsung Malaysia Galaxy Tab
 

unboxing samsung galaxy tab a7 lite 06
Apa Yang Ada Dalam Kotak Galaxy Tab A7 Lite
unboxing samsung galaxy tab a7 lite 07
Kamera Depan 2MP
unboxing samsung galaxy tab a7 lite 08
Kamera Belakang 8MP

unboxing samsung galaxy tab a7 lite 09

unboxing samsung galaxy tab a7 lite 10
USB Type C

unboxing samsung galaxy tab a7 lite 11
 

Pemilihan utama jika anda rancang untuk kelas PDPR, semestinya kena pilih peranti yang mempunyai ‘operating system’ yang terkini untuk menyokong aplikasi dan laman web yang akan digunakan. Tidak lupa, processor yang laju untuk menyokong sambungan dalam talian supaya tidak ada paparan video yang lemah.

Peranti ini, Galaxy Tab A7 Lite bertepatan dengan syarat minima penggunaan aplikasi semasa, malah kalau nak dibandingkan dengan harga ia sudah lebih dari memadai dengan kualiti kamera depan dan kamera belakang yang berkualti.

Simpanan dalam yang agak besar seperti 64GB dan simpanan tambahan sehingga 1TB sangat mencukupi untuk simpanan fail dan kerja-kerja rumah anak-anak.

Saiz yang sederhana ini ringan 5 inci x 8 inci, senang dipegang oleh murid-murid sekolah dan senang untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Kualiti skrin yang kelas, bunyi dari speaker yang jelas serta friendly user walaupun untuk kanak-kanak, pasti akan memudahkan mereka untuk digunakan dalam PDPR seharian.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.