Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Unboxing Samsung Galaxy Z Flip3 5G Malaysia Telefon Lipat

Akhirnya, Samsung kembali dengan model Telefon Lipat terbaik mereka. Kali ini, kami mencuba sendiri untuk Unboxing Samsung Galaxy Z Flip3 5G Malaysia Telefon Lipat. Model yang ‘rare’ ini sangat unik kerana kebolehan telefon pintar lipat, tidak seperti jenama lain di dunia. Ia datang dengan dua model popular, smartphone Samsung Galaxy Z Fold3 dan yang ini Galaxy Z Flip3.

Antara yang memukau ramai penulis Blogger Tech, mereka mengandaikan model ini mempunyai teknologi lipat yang lebih maju, peranti yang ringan tetapi kuat dan tahan air, paparan Layar AMOLED dengan Refresh Rate 120Hz, pemprosessan Snapdragon 888 yang laju serta rekaan stylish dengan warna yang pelbagai.

Baca : Apa Pilihan Anda Galaxy Z Fold3 atau Galaxy Z Flip3?

Unboxing Samsung Galaxy Z Flip3 5G

 


Unboxing Samsung Galaxy Z Flip3 5G Malaysia Telefon Lipat

Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 5G
 

Akhir sekali menggunakan telefon lipat, rasanya 15 tahun yang lepas. Masa itu, masih lagi dengan skrin kecil dengan tiada fungsi kamera, tiada fungsi rakaman video dan juga beberapa fungsi moden seperti kini.

Kini, dengan telefon lipat moden, model Galaxy Z Flip3 ini dikatakan antara model terbaik di dalam levelnya.
 

Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 5G
 

Unboxing Smartphone Galaxy Z Flip3 5G Malaysia

Pertama kali lihat kotak smartphone Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Fold3, ia nampak nipis daripada kotak-kotak smartphone sebelum ni. Ini kerana, dalam setiap unit, hanya ada peranti smartphone, USB cable Type C, Pin dan juga manual.

Tiada lagi Power Plug USB seperti sebelum ini dan tiada juga Standard Housing Cover seperti telefon pintar Samsung sebelum ini.

Patutlah tempahan model-model ini sekejap saja capai 450,000 unit

Baca : Inovasi Samsung Galaxy Z Series Malaysia

Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 5G
 

Model yang kami unboxing ialah model Galaxy Z Flip3 5G dengan kapasiti 128GB berwarna Cream. Untuk informasi, model ini datang dengan warna Cream, Phantom Black, Green dan Lavender.

Model unik ini, boleh dilipat dibahagian tengah. Dengan skrin bersaiz 4.2 inci sahaja bila dilipat, ia boleh disimpan dimana-mana sahaja dengan mudah. Senang dibawa ke mana-mana sahaja.

Kemasan rekaan ini seperti model premium Samsung yang lain. Memang cantik dengan bentuk curve dan corak gabungan warna setiap model.

Pertama kali nak lipat telefon ini, rasa agak janggal. tetapi, bila sudah biasa, ia memang rasa seronok. Bayangkan skrin smartphone anda boleh dilipat tetapi hasil kualiti paparan setiap gambar, setiap video dan perkataan di dalam operating sistem ini sangat jelas. Memukau!

Tak sabar untuk kami cuba kualiti lain. nak juga tahu kelebihan smartphone Flip3 ini dengan kualiti rakaman gambar dan video yang ada. Nanti kami akan kongsi dalam artikel yang akan datang.

Baca : Rasa Dan Review Galaxy Z Flip3 5G Samsung Malaysia

Jangan tunggu lama lagi kalau berminat dengan telefon lipat Samsung Z Flip3 ini dengan membuat Pre-Order di laman web rasmi Samsung Malaysia, bermula sekarang hingga 21 September 2021.

Mereka yang berjaya menempah telefon ini akan diberikan promosi berjumlah RM600 e-voucher + Samsung Care RM699. Ada tambahan lain termasuk boleh buat pembelian secara ansuran bagi yang layak, penghantaran percuma dan juga servis 24 jam.

Sila semak informasi lanjut di pautan Samsung Malaysia.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G
Pre-Order Samsung Galaxy Z Flip3 5G
7 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.