Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Unboxing Sony RX100 Mark IV Dan Underwater Housing

Bulan lepas, MrJocko terima satu parcel. Kali ini dari Sony Malaysia. Tugas untuk kali ini, untuk review kamera kompak terbaik Sony. Sebab itu, MrJocko nak kongsi review Unboxing Sony RX100 Mark IV Dan Underwater Housing dari Sony Malaysia.

“Kalau nak cari kamera, beli la kamera Sony” Itulah antara kata-kata ramai rakan Photographer beberapa bulan yang lepas. Ramai jurugambar dan mereka yang sukakan kamera dan beralih dari Canon atau Nikon menggunakan kamera Sony. Sebabnya, banyak model terbaru kamera Sony memang punyai kualiti terbaik seperti model kamera mirrorless Sony A5100, Sony A6000, Sony A6500, Sony A7 dan juga terbaru Sony A7r II.

Kalau nak cerita pasal model terbaru kamera Sony, memang banyak. Boleh pilih jenis kamera Sony yang korang nak dari level Beginner hingga ke level Pro Camera Body.

Unboxing Sony RX100 Mark IV

 


Unboxing Sony RX100 Mark IV

unboxing sony rx100 mark iv

 

Untuk kali ini, MrJocko berpeluang untuk unboxing kamera kompak antara yang terbaik dari Sony. Ia dikenali dengan nama Sony RX100 Mark IV ( RX100 Mark 4). Ia adalah kamera kompak yang sangat bersesuaian untuk traveller seperti MrJocko yang nak rakam gambar dan video yang cantik tanpa risau nak bawa kamera yang besar dan berat.

Dengan saiz RX100 Mark IV yang sebesar tapak tangan, muat dimasukkan ke dalam poket seluar. Ia hanya seberat 285 gram sahaja. Sangat ringan, tetapi punyai kualiti gambar yang sangat awesome.

Secara asas, ia dilengkapi dengan kualiti gambar 20.1MP Exmor RS® CMOS sensor dengan menggunakan lensa dari ZEISS® Vario-Sonnar® T* Lens. Kekuatan aperture F1.8 membuatkan ia cukup cahaya untuk merakam gambar di waktu gelap atau waktu kekurangan cahaya.

 

sony digital camera

 

Fungsi ‘Steadyshot’ dalam kamera RX100 Mark IV ini memang awesome sebab, bila kita rakam video, ia akan memberikan kualiti video agak stabil, walaupun tidak menggunakan tripod.

Fungsi lain seperti Auto Focus yang cepat, Video Recording dalam 4K, Internal Flash yang terbaik, fungsi Slow Motion yang menakjubkan serta ia mempunyai fungsi WiFi dan NFC Sharing terus ke smartphone korang. Terbaik lah,,,

Untuk blogger seperti MrJocko, bila guna kamera kompak RX100 Mark IV ini, snap gambar, terus boleh kongsi di laman sosial. Cepat dan Mudah…

Sebelum ni, Mrjocko pernah guna kamera Sony NEX-3N – http://www.mrjocko.com/2014/01/beli-kamera-sony-nex.html

Untuk hasil contoh gambar yang dirakam menggunakan kamera Sony RX100 Mark IV ini, InsyaAllah akan MrJocko kongsi dalam entry blog akan datang.

Untuk mereka yang berminat nak tahu harga RX100 Mark IV di Malaysia, harganya ialah RM3,799. Boleh semak laman web rasmi Sony Malaysia – https://www.sony.com.my/rx100_mark_iv

 

review sony rx100 mark iv review sony rx100 mark iv

 

Lebih menarik, untuk model Sony RX100 Mark IV ini ada tambahan aksesori yang boleh korang cuba. Kalau anda seorang diver atau suka selam skuba, boleh beli RX100 Mark IV dan juga Underwater Housing sekali.

Ia memang satu kombinasi yang perfect untuk rakaman gambar dibawah permukaan air. Sebabnya, ia lebih kecil dan senang nak bawa serta punyai kualiti gambar dan rakaman video 4K yang memang diakui terbaik…

Nak tengok hasil video dari RX100 Mark IV dan Underwater housing ini boleh lihat kat sini https://www.youtube.com/watch?v=yovquVatVrc&index=1&list=PLL06nPE7_lzMwCmNsXjTJ3T6y8Vh-AmNC

 

 

review sony rx100 mark iv

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.