Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Permulaan tahun 2022, peminat gajet diperkenalkan dengan Samsung Galaxy S21 Fans Edition. Terkini, untuk pengalaman yang lebih padu, rangkaian jenama telefon antarabangsa dari Korea ini kembali lagi dengan senarai terbaik mereka Galaxy S22 Series, mengandungi pilihan telefon pintar Galaxy S22, Galaxy S22+ (Galaxy S22 Plus) dan Galaxy S22 Ultra. Kali ini, kami nak ceritakan pengalaman kami Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia.

Senarai smartphone Galaxy S22 Series ini telah diperkenalkan kepada dunia dan kini sudah berada di Malaysia dengan harga runcit bermula dari RM3,499 (8GB RAM 128GB ROM). Harga ini adalah untuk harga istimewa kepada pembeli dalam talian di laman web rasmi Samsung Malaysia Galaxy Series S22 termasuk beberapa tawaran menarik yang lain.

Baca : Samsung Galaxy S21 Fans Edition Malaysia

Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 Plus

 


Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 Plus

Unboxing Samsung Galaxy S22 Plus

Unboxing Samsung Galaxy S22 Plus
 

Kami memilih untk mendapatkan peranti Galaxy S22 Plus berwarna Putih (Phantom White). Sejak dari dulu, kami memang minat dengan warna terang dan putih, hasil dari kualiti binaan dari syarikat Samsung Korea ini. Dengan 3 kamera utama di bahagian belakang dan 1 kamera selfie, model ini pasti akan menarik minat sesiapa sahaja.

Rekaan badan yang keras, kemas dan agak berat dari telefon pintar Galaxy S21 sebelum ini. Pasti ia ditambah baik dengan padanan asas peranti yang lebih berkualiti, lebih laju dan kualiti kamera 50MP yang hebat. Pemprosessan yang lebih laju, fungsi nigthography yang lebih jelas, chipset yang terpantas dalam tahapnya serta ketahanan bateri yang lebih lama untuk penggunaan maksima.
 

Unboxing Samsung Galaxy S22 Plus

Unboxing Samsung Galaxy S22 Plus
Kamera Utama 50MP

Unboxing Samsung Galaxy S22 Plus
USB Cable Type C

 

Seperti yang ramai sedia maklum, sejak beberapa keluaran yang lepas Samsung mengeluarkan peranti telefon pintar dengan kemasan kotak yang lebih nipis dan kecil berbanding sebelum ini. Setiap set lengkap Galaxy S22 Series akan menerima peranti, USB cable Type C, Ejection Pin, dan Start Guide Book. Earphone dan Power Plug USB tidak lagi disertakan. Sebab itu, saya syorkan anda mendapatkan Galaxy Earbuds sebagai padanan aksesori peranti Galaxy S22 ini.

Baca : Review Galaxy Buds2

Peranti Galaxy S22 Plus datang dengan Warna Phantom White, Phantom Black, Pink Gold dan juga Olive Green. Dengan harga serendah RM4,099 bagi kapasiti 8GB RAM dan 128 ROM, ia antara telefon terbaik setakat ini di dalam kelasnya yang tersendiri.
 

Unboxing Samsung Galaxy S22 Plus
Kamera Selfie Galaxy S22 Plus

Unboxing Samsung Galaxy S22 Plus

Unboxing Samsung Galaxy S22 Plus

Unboxing Samsung Galaxy S22 Plus

Unboxing Samsung Galaxy S22 Plus

Unboxing Samsung Galaxy S22 Plus
 

Dengan saiz skrin yang meliputi 6.6″, kamera yang jelas 50MP, 8GB RAM dan bateri tahan lama 4500mAh, pasti ia akan menjadi kawan karib yang terbaik untuk kita semua.

Tunggu seminggu dua, nanti kami akan share review penggunaan Galaxy S22 Plus dalam kegunaan seharian. Nak tahu camana jelasnya hasil kamera, speed telefon ni bila streaming main game dan juga ketahanan bateri bagi sekali pengecasan penuh.

Oh ya! Kalau dan beli Samsung Smartphone, jangan lupa padankannya dengan aksesori bunyi terbaik #GalaxyBudsPro dan #GalaxyWatch4

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.