Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pemandangan Universal Studios Japan Waktu Malam

Masa MrJocko dan wife bercuti ke Osaka tempohari, tak sempat nak book dan beli tiket masuk ke Universal Studios Japan. Lagipun, memang ikut jadual kami, tak sempat untuk ke sana. Tak apa lah, memandangkan dah sampai di Osaka, kami singgah sebentar ke sini. Tujuannya untuk menikmati Pemandangan Universal Studios Japan Waktu Malam.

Ramai yang mungkin tak sempat untuk masuk ke Universal Studios Japan. Mungkin sampai lambat atau mungkin tak minat masuk ke taman tema. Apa pun, mesti singgah sini. Naik sahaja keretapi laluan Yumesaki Line dan berhenti di laluan terakhir iaitu Sakurajima. Ia adalah stesen terakhir dan akan bawa anda ke laluan Universal Studios Japan.

Universal Studios Japan Waktu Malam

universal studios japan waktu malam
 

Sebenarnya, selain dari Universal Studios Japan, di Sakurajima atau di Osaka Port ini ada banyak tarikan lain. Kalau nak tahu, di sini juga ada kedai Hard Rock Cafe Osaka. Walaupun tak masuk ke dalam Universal Studios Japan, anda masih boleh beli cenderahati USJ ini di kedai yang berada di luar.

Selain itu, kawasan City Walk di Sakurajima dan Osaka Port ini juga menarik tumpuan. Pemandangan Universal Studios Japan Waktu Malam memang menarik dengan limpahan lampu warna warni yang menyinari setiap bangunan dan kedai-kedai sekitar ini.

 

universal studios japan waktu malam universal studios japan waktu malam universal studios japan waktu malam universal studios japan waktu malam

 

Anda boleh bergambar di Globe Universal Studios Japan yang berada di luar pintu utama, anda boleh saksikan persembahan akrobatik, pertunjukan ‘street dance’, pertunjukkan skrin besar atau juga menikmati menu makanan yang dijual di sini.

Boleh kata, tak rugi kalau ke sini. Nak lagi cantik, susun jadual anda. Memandangkan lokasi Universal Studios Japan ini dekat sahaja dengan Tempozan Ferris Wheel (Ferris Wheel Terbesar Di Jepun), anda boleh abiskan separuh hari di Tempozan Marketplace dan kemudian ke perkarangan Universal Studios Japan.

 

universal studios japan waktu malam universal studios japan waktu malam universal studios japan waktu malam

 

Suhu diluar masih lagi sejuk masa MrJock dan wife ke sana. Sekitar 5 darjah celsius pada waktu malam. Memang dingin. Jadi kena pakai baju tebal sikit untuk elakkan dari kesejukkan. 

Kalau anda pergi sekitar bulan Mei ke Oktober, ia memang sangat nyaman dan rileks. Tak sesejuk musim Winter di Jepun.

Jadi, kalau anda tak beli tiket masuk ke Universal Studios Japan, ambil peluang untuk singgah di sini sambil menikmati pemandangan menarik di sana. Pemandangan Universal Studios Japan Waktu Malam memang berbaloi untuk anda alami.

 

universal studios japan waktu malam

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.