Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

University of Queensland Australia Kampus St Lucia Di Brisbane

Teringat masa MrJocko ke Brisbane tahun 2010, masa tu MrJocko dalam percutian ke Gold Coast, Australia. Oleh kerana Gold Coast dan Brisbane hanya memakan masa perjalanan selama 1 jam sahaja, MrJocko ambil peluang ke Brisbane atas jemputan seorang member satu syarikat. Kebetulan Bro Zaini sedang belajar di University of Queensland St Lucia Campus, merupakan kampus induk bagi Universiti Queensland.

 

Pertama kali dibawa melawat masuk ke kampus Universiti Queensland ini memang membuatkan MrJocko teruja. Pemandangan sekeliling memang redup dengan pokok-pokok, hijau dan struktur bangunan yang tersusun cantik. 

 

Cuaca di sana tak terlalu panas, tidak terlalu sejuk, dingin bila di tiup angin menjadikan suasana yang terbaik untuk bersantai walaupun di atas padang rumput. Kata Zaini, kalau musim ramai student, ramai yang hanya lepak atas rumput sambil membaca buku dan mengulangkaji pelajaran.

 

 

University of Queenland Australia

 

University of Queenland Australia

 

University of Queenland Australia

 

 

Kalau la dulu MrJocko berpeluang untuk belajar di Universiti Queensland ni memang best. Tapi nak buat camana, tak ada rezeki. Cuma mampu belajar di UiTM sahaja 🙂 Itu pun Alhamdulillah.

 

 

 

University of Queenland Australia

 

University of Queenland Australia

 

 

 

Rasanya, konsep belajar dan mengajar di luar negara bila di level Universiti ni memang jauh berbeza dengan cara belajar dan mengajar di Malaysia. Apa pun, kita ambik cara yang bagus, yang tak bagus kita letak tepi jer la. Nak buat camana kalau dah sistem pembelajaran di Malaysia ni tak ikut standard luar negara.

 

Info Tentang University of Queensland, St Lucia Campus

Kampus utama Universiti Queensland di St Lucia ini didirikan pada tapak 114 hektar. Ia bersempadan dengan Sungai Brisbane yang luas dan cantik serta terletak tujuh kilometer dari bandaraya Brisbane. 

 

Kampus ini mempunyai taman yang luas. Sebab itu MrJocko boleh kata ia seperti konsep Universiti dalam Taman. Ia mempunyai taman, tiga tasik, pusat akuatik, gelanggang tenis, lapan olahraga oval dengan Grandstand 600 tempat duduk, dan kemudahan untuk sukan mendayung. 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.