Anda Rancang Untuk Bercuti Dalam Atau Luar Negara?
|Anda rancang cuti dalam atau luar negara? Bajet percutian macamana? Nak cari yang murah atau nak travel dengan stail mewah bergaya> Rasanya ramai antara kita yang sememangnya ada punya cita-cita untuk melancong setiap tahun. Ramai yang suka bercuti di hutan, gunung, pantai, pulau, tempat bersejarah, tempat shopping ataupun taman tema.
Persoalan yang selalu kita fikir, best ke melancong dalam negara? Banyak tempat menarik ke di Malaysia ni? Senang tak kalau nak melancong ke luar negara? Banyak tak kos kalau melancong luar negara? Itu yang selalu member MrJocko tanya.
Baca : Tempat Menarik Percutian Di Malaysia
Rancang Untuk Bercuti Dalam Atau Luar Negara
Jawapannya, memang di Malaysia ada banyak lagi tempat yang menarik dan berbaloi untuk di lawati. Kos di negara sendiri semestinya lebih murah berbanding kos melancong ke luar negara. Namun, ada banyak cara untuk kita dapatkan pakej melancong dengan harga yang mampu bayar dan berbaloi.
Di Malaysia, kita mempunyai banyak lokasi perlancongan yang menarik dan bertaraf dunia. Antaranya bandaraya Melaka, Pulau Sipadan, Tasik Kenyir, Langkawi dan bandaraya Kuala Lumpur sendiri. Itu tidak termasuk banyak lagi tempat yang MrJocko rasa best seperti di Sandakan, Tawau, Semporna, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Danga Bay dan banyak tempat lagi.
Semua ini ada tarikan tersendiri dan banyak lagi yang anda boleh terokai.
Namun, sekiranya ada rezeki lebih, tidak salah kalau sekali sekala ambil kesempatan melancong ke luar negara. Rancang perjalanan ke negara-negara berdekatan Malaysia dulu. Pilih lah untuk melancong ke Indonesia, Thailand, Vietnam atau Singapura.
Kemudian, jika ada lagi kemampuan, jom terokai dunia lawati negara Eropah, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan mungkin ke Jepun.
Tak kira la anda bercadang nak melancong ke luar negara atau dalam negara, sila rancang perjalanan anda terlebih awal. Kumpul maklumat berkaitan dan cari info yang boleh membantu kita untuk melancong dengan mudah.
Untuk tips melancong dengan Mudah dan Murah, sila klik maklumat lanjut di eBook MrJocko dan entry Vacation terdahulu. MrJocko sendiri pun selalu merancang bercuti dalam dan luar negara. Kalau ada rezeki lebih, boleh ke luar negara. Kalau rezeki biasa-biasa, bercuti dalam negeri pun jadi la. 🙂
memang seronok kalau dapat melancong hilamg stress di tempat kerja
sangat best bro,,, lebih2 lagi kalau dapat pergi seminggu 🙂 dan FREE
Melancong memang menyeronokkan apatah lagi kalau keluar negara…keliling dunia dah pergi, tapi ingat jangan lupa ke tempat2 ini…Mekah, Madinah dan AlAqsa
betul tu,,, setuju,,, tapi kalau ke Mekah, Maadinah atau Al Aqsa, rasanya lebih sesuai dipanggil Ziarah dan Ibadah,,, 🙂