Site icon Travel Blogger Malaysia

UPC Ride On Ueno Kedai Helmet Arai Jepun Original Dan Rare

Jepun antara negara yang mengeluarkan banyak jenama motorsikal terbaik di dunia termasuk model Yamaha, Kawasaki, Suzuki dan beberapa model lain. Tak lengkap kalau motosikal, tidak disertakan dengan aksesori dan safety equipment termasuk helmet motosikal. Antara kedai jual helmet Arai yang popular di Jepun ialah kedai UPC Ride On di Uena. UPC Ride On Ueno Kedai Helmet Arai Jepun Original Dan Rare menjadi lokasi tumpuan peminat motosikal seluruh dunia.

Kedai helmet yang popular di UENO ini menjadi tumpuan kerana ia antar kedai specialist menjual helmet jenama Arai dan mempunyai kepakaran tentang helmet jenama ini termasuk punyai ratusan model helmet Arai dari harga yang biasa hingga harga puluhan ribu ringgit.

Baca : Beli Helmet Arai Jepun Murah di Ricoland

 


UPC Ride On Ueno Kedai Helmet Arai Jepun


 

Untuk ke sini, mudah sahaja. Berhenti di UENO Station dan ia berada di sebelah kiri stesen. Kalau nak nak jalan kaki, ia hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja.

Kalau nak lebih mudah, boleh cari lokasi kedai menggunakan carian Google Maps UPC Ride On UENO


 

Masa kami ke sini, tidak rasa sangat jalan kaki ke UPC Ride On Arai Specialist shop sebab masa ni musim Cherry Blossoms. Jalan bersebelahan UENO Station menyajikan pemandangan pokok dan bunga Sakura yang cantik kembang sepanjang jalan.

Di sepanjang jalan, ada juga beberapa kedai aksesori motorsikal lain dan mungkin ia menjadi lokasi tumpuan peminat aksesori helmet dan motorsikal jenama Jepun untuk dikunjungi. Namun, bagi peminat helmet Arai, kedai UPC Ride On UENO antara kedai yang menjadi tumpuan kerana sudah dikenali sejak dulu lagi.

Alhamdulillah, masa singgah di UPC Ride On Ueno Kedai Helmet Arai Jepun ini, rakan-rakan yang turut serta dalam trip kali ni, temui helmet idaman mereka. Antara yang di cari ialah helmet ARAI RAM4, ARAI RX7, ARAI RX7X dan banyak lagi.

Kalau korang peminat helmet, udah pasti kalau singgah sini, sejam tak cukup. Memang berhantu bila tengok harga helmet original ARAI di sini jauh lebih mruah dari harga helmet Arai di Malaysia. Menarik lagi, kat sini, ada banyak model yang rare dan susah nak jumpa di Malaysia.
 

Untuk yang pandai baca bahasa Jepun dan juga nak tahu pasal UPC Ride On UENO boleh layari laman web ini http://upc.ne.jp/shop/ dan Fanpage Facebook UPC Ride On https://www.facebook.com/upcrideon/?hc_ref=ARSn3h8lDZkqw3Z8Czsnq7CCX09BsCKYDc8Blzpm5PhuuKm0e7qeqY9m0Bs9qF7W32c&fref=nf

Kedai ini dibuka setiap hari bekerja bermula jam 11:00 am sehingga jam 7:30 pm dan pada hari Ahad dan Kelepasan AM pada jam 10:00 am sehingga jam 7:30 pm.

Exit mobile version