Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Upside Down House Kuala Lumpur Kini Di Buka

Berita baik untuk semua warga Malaysia. Satu lagi tarikan terbaru kini dibuka di perkarangan Menara KL. Untuk makluman semua, rumah Upside Down House Kuala Lumpur kini di buka untuk tontonan umum. Ia akan menjadi salah satu tarikan utama pelancong tempatan dan antarabangsa di Bukit Nenas, selain dari Menara Kuala Lumpur, Blue Coral Aquarium, Mini Zoo Menara KL, Forest Tour & Canopy Walk dan Sky Box.

Dari jauh akan kelihatan sebuat kereta lagenda Morris berwarna kuning yang akan menjadi penyeri pintu masuk ke Upside Down House Kuala Lumpur Menara KL ini.

Baca : Rumah Terbalik Di Sabah

 



 

Upside Down House Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Upside Down House
 

Sempena pembukaan Upside Down House KL ini harga tiket masuk ialah Dewasa RM15 dan Kanak-kanak RM10 sahaja. Harga promosi tiket rumah terbalik Kuala Lumpur bermula 8 Jun hingga 4 Ogos 2016. Rumah terbalik ini dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga jam 7.00 malam setiap hari.

Untuk makluman semua, Upside Down House Kuala Lumpur adalah Rumah Terbalik “TERTINGGI di MALAYSIA” dengan mempunyai binaan setinggi 2 tingkat dan Rumah Terbalik “PERTAMA di KUALA LUMPUR”. Selain itu ia juga adalah Rekabentuk Rumah “TERBALIK YANG SEBENAR” berbanding dengan binaan rumah terbalik yang lain.

Upside Down House Kuala Lumpur

rumah terbalik kuala lumpur rumah terbalik kuala lumpur rumah terbalik kuala lumpur

rumah terbalik kuala lumpur

Rumah Terbalik Kuala Lumpur

Lebih menarik di Rumah Terbalik Kuala Lumpur ini (Upside Down House Kuala Lumpur), anda boleh mengambil gambar tanpa halangan, anda boleh mengambil rakaman video dan anda boleh alami pengalaman sebenar memasuki rumah yang diterbalikkan.

Tidak seperti ruma terbalik yang lain, banyak yang tidak membenarkan pengunjung untuk bergambar. Tapi di Upside Down House KL, anda boleh bergambar, berselfie, ber’wefie’ sepuasnya. Yeay!!!

Sementara waktu promosi ticket murah ke Rumah Terbalik KL ni, jom ramai-ramai ke sana.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.