Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Uptown Danau Kota Setapak Lokasi Shopping Waktu Malam

Uptown Danau Kota Setapak Lokasi Shopping Waktu Malam. Asal nama Uptown datang dari pasar malam di sekitar Damansara Utama dan Damansara Uptown sekitar tahun 1999. Pada masa tu, ia bermula dengan gerai-gerai jual VCD dan juga kasut dan baju bundle. Dan, MrJocko antara orang pertama yang meniaga di Uptown Damansara.

Semakin hari, gerai jualan semakin bertambah dan setelah 2 tahun ia dipenuhi dengan pelbagai jenis gerai barangan dan servis. Uptown Damansara menjadi semakin padat.Bila Uptown Damansara ditutup, peniaga berpindah ke Danau Kota, Veledrom KL dan juga Kota Damansara. Kini, di sekitar KL dan Selangor ada banyak kawasan yang di panggil ‘Uptown’ dan semakin bertambah ke negeri lain.

 

Uptown Danau Kota Setapak

 

uptown-danau-kota-setapak-01

uptown-danau-kota-setapak-02

uptown-danau-kota-setapak-03

 

Baca : Pasar Malam Yang Terkenal Pernah MrJocko Jejak

 

Antara yang menjadi Uptown terbaik setakat ini MrJocko rasakan di Uptown Danau Kota. Lokasi yang paling dekat dengan Kuala Lumpur, pilihan gerai yang banyak serta ramai pengunjung. Kawasan Uptown Danau Kota seakan menjadi Ikon Uptown di bandaraya KL.

Banyak barang-barang yang dijual di sini dari pakaian, gadget, aksesori, barang kereta, barangan kanak-kanak, beg, barangan wanita dan macam-macam lagi. Malah jangan terkejut kalau anda jumpa agen Takaful, Unit Trust dan Salesman kereta yang turut sama dalam Uptown.

Sekali sekala memang syok juga datang Uptown kerana banyak benda yang boleh kita survey dan lihat. Semua jenis ada dan boleh tawar menawar. Tak nak beli tak apa, mungkin sekadar window shopping atau singgah sambil makan malam kat Uptown Danau Kota.

Lagipun, ada nampak juga kelibat pelancong luar negara datang ke Uptown. Ia mungkin boleh dimasukkan dalam senarai lokasi wajib singgah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kan? Apa kata Tourism Malaysia?

Glamorous MrJocko

Layari Uptown Danau Kota Facebook

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.