Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Urban Garden Restaurant Seoul Hidangkan Menu Makanan Itali

Hari pertama sampai di Seoul, kami mencuba dulu makan tengahari di sebuah restoran antarabangsa yang terkenal di Seoul. Urban Garden Restaurant Seoul Hidangkan Menu Makanan Itali. Ia sebuah restoran yang berkonsepkan taman di tingkat 1 dan menyediakan banyak menu terbaik seperti pasta dan juga pizza.

Dari luar, bangunan ini nampak agak usang. Tetapi secara keseluruhan dekorasi ‘natural’ untuk taman di luar dan di dalam ruang makan memang menarik perhatian sesiapa sahaja yang singgah di sini

Baca : Restoran Halal Muslim Di Korea Dekat Masjid Seoul Itaewon

 


Food Review Urban Garden Restaurant Seoul

Urban Garden Restaurant Seoul Hidangkan Menu Makanan Itali
 

Memang restoran ni terkenal dikalangan golongan elit dan juga selebriti. Nampaknya ada banyak juga ‘signature’ selebriti yang singgah mencuba menu di Urban Garden Restaurant Seoul ini. Walaupun lokasi restoran agak tersembunyi, ia masih menjadi lokasi peminat menu makanan Itali.

Tambah pula, udara sejuk dan nyaman kat sini, membuatkan ‘nafsu nak makan’ memang berselera bila sahaja terbau menu sedap dari pintu dapur.

 

Urban Garden Restaurant Seoul Hidangkan Menu Makanan Itali Urban Garden Restaurant Seoul Urban Garden Restaurant Seoul

 

Biasa bagi restoran Itali, kita akan makan bermula dengan starter atau appetiser. Nak pilih mana satu, roti dan sup atau salad segar terpulang kepada korang. MrJocko cuba kedua-duanya. Roti dan Sup memang sedap!

Kemudian masa untuk cuba main course, spaghetti seafood extra cheese di Urban Garden Restaurant memang sangat awesome. Walaupun tidak rasa terlalu manis dan agak tawar berbanding citarasa orang Malaysia, tetapi rasa lemak cheese menjadi penyelamat. Sangat sedap!

 

Urban Garden Restaurant Seoul
Spaghetti Seafood Cheese
Urban Garden Restaurant Seoul
Salad

Urban Garden Restaurant Seoul Urban Garden Restaurant Seoul Urban Garden Restaurant Seoul

 

Memang thumbs up untuk Seafood Spaghetti Cheese yang sedap ini. Sampai sekarang terasa kesedapannya. Di tambah dengan isi seafood sotong dan udang yang memang segar. Biasa makan di tempat lain, tapi sebabkan extra cheese, menu ini menjadi pilihan MrJocko.

Untuk kami yang Muslim, Chef Urban Garden Restaurant menyediakan menu istimewa. Medium Large Pizza Vegetarian yang ditambah dengan slice cheese dan buah epal ini meman menjadi penutup makan tengahari kami. Nampak simple tetapi rasanya Ya Allah,,, Sedapnya,,,

Kalau nak cuba menu sedap-sedap di Urban Garden Restaurant di Seoul ini, boleh layari laman web rasmi mereka http://www.urbangarden.co.kr/src/main.php

Trip MrJocko ke Korea kali ini ditaja oleh Korea Tourism Organization sempena dengan promosi Winter Olympic 2018 #WowPyeongChang

Note : Gambar diambil menggunakan kamera Sony RX100 Mark4 #RX100M4

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.