Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

User ID Dan Password Wifi Berbayar Di Tune Hotel

Sekarang, MrJocko berada di Kuching. Ada kerja sikit jer, tapi pasal masa beli tiket, pakej ni yang paling murah, maka ambik jer tiket 3 hari 2 malam, return flight AirAsia Kuala Lumpur ke Kuching dengan penginapan 2 malam di Tune Hotel dengan hanya RM55 + RM71 = RM126 sahaja. Tapi, tak ada kemudahan WiFi Percuma. Terpaksa beli User ID Dan Password Wifi Berbayar Di Tune Hotel.

Sepatutnya bagilah pakej bilik termasuk pakej Wifi. Ia boleh tarik ramai tetamu hotel untuk menginap di sini. Sebab tak ada WiFi, lepas makan tadi kena la singgah kaunter beli servis Wifi 24 jam berharga RM12.

Baca : Tune Hotel Jakarta Mangga Dua

 



User ID Dan Password Wifi Berbayar Di Tune Hotel

Untuk login Wifi di Tune Hotel, anda perlu bayar di Kaunter dan dapatkan User Id dan Password Wifi Tune Hotel. Walaupun anda ada User Id dan Password, ia hanya untuk kegunaan satu ‘device’ sahaja.

Bermakna, kalau anda guna pada tablet, maka anda tidak boleh guna pada laptop anda. Adil jugakkan, pasal ia boleh limitkan penggunaan Wifi supaya tidak ‘slow’ dan kurangkan kes tetamu bilik lain mencuri ‘talian internet’ anda.

 

user id dan password wifi di tune hotel

User ID dan Password di Tune Hotel

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.