Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Di Vaksinasi Dengan Dos Pertama AstraZeneca PWTC

Ini kisah benar dan cerita sendiri. Pengalaman Di Vaksinasi Dengan Dos Pertama AstraZeneca PWTC. Ya, ramai yang sudah mendapatkan vaksin mereka demi untuk kesejahteraan Malaysia. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab akan cuba menyokong langkah terbaik Kerajaan dalam menghentikan pandemik wabak Covid-19 yang telah merosakkan normal kehidupan kita seluruh dunia.

Sebab itu, langkah untuk segera mendaftar vaksinasi ini di Malaysia sepatutnya diteriam semua, dipercepatkan dan dipermudahkan. Kita sebagai rakyat Malaysia, sokong lah langkah yang baik ini. Lagipun, vaksin ini adalah PERCUMA kepada semua rakyat Malaysia dan kita harus mengambil 2 dos bagi tujuan tersebut.

dos pertama astrazeneca pwtc

Baca : Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di MySejahtera

 


Pengalaman Di Vaksinasi Dengan Dos Pertama AstraZeneca PWTC

Pengalaman Di Vaksinasi Dengan Dos Pertama Astra Zeneca 04 copy

Saya mula mendaftar untuk menerima Vaksin Covid-19 diaplikasi MySejahtera pada 15 Mac 2021. Pendaftarannya mudah, hanya perlu muatnaik aplikasi MySejahtera, daftar butiran profil kita sendiri dan kemudian masuk ke bahagian Vaksinasi dan daftar. Dalam masa beberapa bulan, sistem akan meletakkan kita untuk urusan vaksinasi ini di lokasi berdekatan dengan alamat yang telah kita daftarkan.

Dalam kes saya, ia mengambil masa selama 3 bulan dan semalam adalah hari yang saya tunggu untuk mendapatkan vaksin Astra Zeneca di PWTC Kuala Lumpur (kini World Trade Centre Kuala Lumpur).
 

Cara-Daftar-Vaksin-Guna-MySejahtera-Malaysia
Daftar Vaksinasi Covid-19 dengan Aplikasi MySejahtera

Pengalaman Di Vaksinasi Dengan Dos Pertama Astra Zeneca 01

Pengalaman Di Vaksinasi Dengan Dos Pertama Astra Zeneca 02

Pengalaman Di Vaksinasi Dengan Dos Pertama Astra Zeneca 03
 

Bila waktu telah tiba, pastikan anda datang ke lokasi yang ditetapkan untuk mengambil vaksin anda. Antara tips ketika datang mengambil vaksinasi Covid-19 ialah :

1. Datang awal.
2. Pakai pakaian yang selesa, longgar dan paling penting pakaian yang boleh dilipat di bahaguan lengan untuk suntikan
3. Tenang, tak perlu risau kerana semua sususan dan langkah untuk suntikan ini sangat teratur, di uruskan oleh pihak yang berkelayakkan.
4. Dengar arahan petugas dan pekerja sukarelawan dalam menuju ke Seksyen Suntikan anda.
5. Beri maklumat yang betul ketika ditanya oleh pihak yang bertugas
6. Maklumkan kepada doktor atau petugas sekiranya anda ada masalah
7. Selepas suntikan Vaksin Covid-19, rehat sekurang-kurangnya 5 minit sebeluh anda pulang ke rumah.
8. Sekali lagi, maklumkan kepada doktor atau klinik sekiranya anda mengalami simpton demam, muntah, pening selepas beberapa jam atau beberapa hari selepas disuntik Vaksin Covid-19

Pengalaman Di Vaksinasi Dengan Dos Pertama Astra Zeneca 05
 

InsyaAllah, pengalaman saya sendiri, suntikan vaksin Covid-19 ni sangat-sangat biasa dan langsung tak sakit. Jarum yang kecil itu, cuma menyuntik sekitar 5ml vaksin dengan jarum moden yang sangat halus.

Segera dapatkan vaksinasi anda, lindung diri kita, lindung keluarga dan juga lindung negara kita daripada wabak Coronavirus ini terus merebak.

Sentiasa semak status terbaru di laman web dan app MySejahtera Malaysia

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.