Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Van Bergerak Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur

Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur #PPZKL sememangnya peka dan mengambil berat dengan pelbagai pertanyaan, persoalan, kemusykilan dan juga cadangan yang telah diajukan oleh ramai masyarakat Malaysia dalam banyak isu berkaitan Zakat, lebih-lebih lagi dalam isu Zakat yang berada didalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Atas sebab beberapa faktor yang mahu menjadikan Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur #PPZKL lebih efisen, lebih mesra pelanggan serta dekat dengan pembayar zakat dan orang Muslim, pihak PPZKL telah menyediakan perkhidmatan VAN BERGERAK PPZKL yang bergerak dari satu lokasi ke lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan juga membuat beberapa siri penerangan khas dari pejabat ke pejabat di Lembah Kelang sebagai usaha mendekatkan PPZKL kepada masyarakat.

Inisitif ini diwujudkan untuk memberikan lebih penerangan dan disamping membantu ramai orang Islam di Wilayah Kuala Lumpur untuk memudahkan mereka membuat urusan pembayaran zakat.

Pihak PPZKL menyediakan khidmat nasihat, runding cara serta memberikan cadangan tentang pelbagai isu yang berkaitan Zakat untuk anda yang berminat.

Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur Aktiviti-Pusat-Pungutan-Zakat-Kuala-Lumpur-02 Aktiviti-Pusat-Pungutan-Zakat-Kuala-Lumpur-03 Aktiviti-Pusat-Pungutan-Zakat-Kuala-Lumpur-04

Mungkin ramai yang masih lagi tidak mendapat maklumat yang jelas dan betul dari pihak PPZKL atau Pusat Zakat Negeri masing-masing. Oleh itu, inisiatif ini sebenarnya memberi peluang untuk kita bertanya tentang hal dan persoalan sebenar tentang zakat atau isu berkaitan zakat.

Yang lebih utama, konsep dan inisiatif Van Bergerak PPZKL ini sebenarnya memberi banyak manafaat kepada semua orang yang ingin mendapatkan maklumat tentang zakat. Oleh itu, ambil peluang, luangkan masa singgah di Van Bergerak Pusat Pungutan Zakat PPZKL atau mana-mana Booth Pusat Pungutan Zakat berhampiran jika berkesempatan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus menghubungi Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur untuk sebarang pertanyaan, kemusykilan atau cadangan. Pihak Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur bersedia untuk memberikan maklum balas dengan seberapa segera.

Layari laman web rasmi www.zakat.com.my atau talian hotline 1-300-88-5757

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.