Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Video Aksi Penyeluk Saku Di Paris Perancis

Sudah banyak kali rakan-rakan dan mereka yang pernah ke Perancis memberi ingatan bahawa di kota Paris ada ramai penyeluk saku. Rata-rata mereka begitu licik dan pantas dalam kerja jahat ini. Sebagai bukti, lihat Video Aksi Penyeluk Saku Di Paris Perancis yang dirakam dan dikongsi oleh saudara Naufal Bakhudin di laman Facebook beliau.

MrJocko percaya video ini dirakam secara tidak sengaja dengan menggunakan kamera 360. Pada jangkaan MrJocko beliau mungkin menggunakan kamera Insta 360 One X. Yang mana kamera ini boleh merakam video secara 360° dan boleh disunting kemudian mengikut angle video tertentu.

Video Aksi Penyeluk Saku Di Paris

Aksi Penyeluk Saku Di Paris

Sumber Video : Facebook Naufal Bakhudin

Kalau dilihat dalam video tersebut, 2 orang wanita yang disyakki sebagai penyeluk saku ini mula mengekori sekumpulan mereka sejak beberapa minit. Mungkin mereka (penyeluk saku) sedar yang mangsa mereka datang berkumpulan, tetapi tetapi berani untuk mencuba.

Bayangkan dalam beberapa percubaan yang mereka lakukan, ketika berjalan melintasi Lintasan Zebra (Lintasan Pejalan Kaki), hampir tidak ada sesiapa yang perasan kegiatan 2 penyeluk saku ini.

Aksi Penyeluk Saku Di Paris
Mula mendekati mangsa…
Aksi Penyeluk Saku Di Paris
Mencuba curi untuk kali pertama
Aksi Penyeluk Saku Di Paris
Berani
Aksi Penyeluk Saku Di Paris
Mencuba curi untuk kali kedua
Aksi Penyeluk Saku Di Paris
Mula beredar,,, mungkin dah dapat
Aksi Penyeluk Saku Di Paris
Muka penyeluk saku
Aksi Penyeluk Saku Di Paris
Buat-buat biasa

Baca : MrJocko dan Tips Travel

Bayangkan kalau dalam sekumpulan yang ramai seperti ini mereka berani untuk mendekati dan mencuba untuk mencuri sesuatu dari anda, apatah lagi kalau anda dalam kumpulan yang seorang dua?

Sebab itu, ketika travel, barang penting seperti passport, duit dan kad pengenalan diri sentiasa diletakkan dibahagian hadapan dengan beg kecil yang terlindung supaya ia tidak menjadi sasaran penjahat seperti mereka.

Adakala penyeluk saku ini hanya mahukan duit, telefon dan barang berharga. Tetapi kalau masa mereka menyeluk dan mencapai passport atau kad pengenalan kita, bukankah ia akan jadi lebih bermasalah.

Terima kasih atas perkongsian Video Aksi Penyeluk Saku Di Paris ini Facebook Naufal Bakhudin. Setidaknya, dengan rakaman video ini dapat memberitahu kami rakyat Malaysia bahawa sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada. Samada dalam kumpulan yang kecil atau kumpulan yang besar.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.