Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Video Laungan Bersih Untuk PM Di United Kingdom

 

Aku sempat melihat video kejadian kekecohan beberapa orang yang kemungkinan ‘pelajar’, scene sekitar hampir 2 minit, apabila Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mahu memulakan ucapan pada majlis “An Evening With The Prime Minister” di salah sebuah majlis di United Kingdom semalam.Majlis An Evening With The Prime Minister itu berlangsung di Indigo O2 London dan mungkin juga sepatutnya majlis meraikan kedatangan Najib Razak ke sana, tetapi ada segelintir yang mempunyai niat mengganggu majlis tersebut.Walaupun cuma kedengaran dua atau tiga pekikan yang menjerit dan melaungkan “Bersih! Bersih! dan seangkatannya”, personal opinion aku ia nampak sangat tidak professional. Mereka yang hadir aku percaya golongan bijak pandai dan seharusnya cara menghormati dan tidak mengganggu majlis orang lain seperti itu, tidak beretika lebih-lebih lagi dari kacamata orang-orang London.Bukan bermaksud aku menyokong PM, dan menentang Bersih. Kalau boleh, kalau mahu menentang, biar cara dan saluran yang betul. Tindakan seperti itu nampak seperti keanakkan. Ini juga bukan entry Politik dan menyokong mana-mana pihak. Peace Yo,,,

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.