Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Video Shooting Untuk Promosi Tourism Victoria

Minggu lepas MrJocko menerima panggilan dari Agensi untuk bertanyakan tentang kempen terbaru, promo Tourism Victoria yang akan di adakan dalam masa terdekat. Alhamdulillah, MrJocko ditawarkan untuk menjadi salah seorang Duta dan Blogger untuk kempen terbaru mereka.

Untuk job kali ini, MrJocko di wajibkan menghadiri sesi penggambaran video bertempat di Restoran Underground Sunway kerana memenuhi konsep dekorasi yang bercirikan Australia. Tambahan pula, Garage 51 dan Underground Cafe ini adalah cafe pilihan utama Tourism Victoria.

Sesi penggambaran bermula dengan sesi Voice Recording. Alhamdulillah, sesi voice recording berjalan lancar dan selesai tidak sampai 30 minit. 

Video Shooting Promo Visit Melbourne Video_Shooting_02 Video_Shooting_03 Video_Shooting_04

Kemudian, kami bergerak untuk melakukan beberapa video shooting di Underground Cafe termasuk scene food review dan juga coffee review. Mencabar sungguh kerana waktu tengahari dan di bulan Puasa 🙂

Rakan kerja MrJocko kali ini ialah Rachel dan juga Cameraman dari wakil Agensi dari Singapura. Make Up MrJocko hari ini hasil dari Vince dari Makeup Puzzle.

Mungkin kerana arahan yang jelas, plan yang cantik serta hasil rakaman menarik dari Videographer yang bagus, kerja kami siap awal, sekitar jam 3.00 petang berbanding jadual asal jam 4.00 petang. Alhamdulillah.

Tak sabar untuk melihat hasil dari video shooting kami di Underground Cafe untuk promo Tourism Victoria. InsyaAllah, bila sudah siap MrJocko akan kongsi di Facebook, Instagram dan juga YouTube.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.