Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Vietjet Air Cargo Buka Peluang Di Malaysia

Selain dari membawa penumpang ke serata Asia, Vietjet Air Cargo Buka Peluang Di Malaysia. Ia adalah untuk meningkatkan dan mengembangkan lagi rangkaian kargonya. Dengan menggunakan pesawat VietJet pengangkut baru, mereka nampaknya begitu serius dalam meneroka dunia baru dan beri khidmat terbaik kepada pelanggan mereka.

Vietjet dengan sukacitanya mengumumkan bahawa cabang subsidiari dan kargonya, Vietjet Cargo membuka tender untuk kargo General Sales Agent (GSA) di Kuala Lumpur dan mengajak syarikat-syarikat yang berminat untuk membuat tawaran buat kali pertama di Malaysia bermula pada Februari 2020.

Baca : Promosi Harga Tiket Murah Penerbangan VietJet Air

vietjet air cargo

 


Vietjet Air Cargo Buka Peluang Di Malaysia

Vietjet Air Cargo Buka Peluang Di Malaysia
 

GSA akan bertanggungjawab untuk semua aktiviti komersil untuk jualan, pemasaran dan promosi di rangkaian penerbangan Vietjet yang menghubungkan ke lebih 400 penerbangan setiap hari yang meliputi lebih daripada 140 destinasi di seluruh Vietnam dan antarabangsa seperti Malaysia, China, Jepun, Korea dan Taiwan, dan lain-lain yang termasuk penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City.

GSA juga akan secara aktif mengawal dasar harga dan pengurusan ruang, bekerja dengan gudang kargo dan agensi pengawal darat, mengawasi operasi, memaksimumkan kargo yang meningkat dan mengamankan komitmen tahap perkhidmatan kepada pelanggan secara langsung.
 

Vietjet-Air-Cargo-Buka-Peluang-Di-Malaysia-02

Vietjet percaya kepada kepelbagaian untuk mewujudkan prospek perniagaan yang mampan. Berikutan penubuhan Vietjet Cargo pada tahun 2014, mereka telah mempunyai permintaan yang bertambah saban tahun untuk perkhidmatan kargo udara di Vietnam sebagai tambahan kepada fungsi utama mereka sebagai syarikat penerbangan komersil.

Kini, Vietjet Air Cargo telah berkembang diperingkat antarabangsa, mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengembangkan perniagaan kargo mereka ke pasaran Malaysia.

Sehingga kini, Vietjet telah mengangkut hampir 100 juta penumpang di Vietnam dengan armada 80 pesawat Airbus, yang terdiri daripada pesawat Airbus A320 / A321, sebuah pesawat berteknologi tinggi bertaraf dunia dalam industri penerbangan, dengan kapasiti empat hingga lima tan kargo setiap penerbangan dan banyak lagi.

Melangkah ke hadapan, Vietjet akan terus berusaha ke arah penubuhan anak-anak syarikatnya dalam industri penerbangan di seluruh dunia, membawa pelbagai perkhidmatan dan peluang perniagaan kepada rakan kongsi yang berpotensi bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara lain sambil memperluaskan rangkaian penerbangan Vietjet di seluruh dunia.

Nak tahu apa yang Vietjet Air Cargo lakukan dan juga menempah tiket penerbangan VietJet Air, boleh layari laman web rasmi mereka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.