• Wed. Oct 4th, 2023

VietJet Perkenal Inaugural Flight Dari Hanoi Ke Bali

VietJet Perkenal Inaugural Flight Dari Hanoi Ke Bali 2 copy

Sempena kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina 2020, syarikat penerbangan era baru Vietjet telah memulakan secara rasmi laluan penerbangan baharunya yang menghubungkan Hanoi dengan Kepulauan Bali di Indonesia pada hari kedua Tahun Baharu Cina. Ya, VietJet Perkenal Inaugural Flight Dari Hanoi Ke Bali dengan sambutan yang meriah.

Ia adalah sempena menyusuli laluan pertama ke Bali dari Ho Chi Minh City yang telah beroperasi sejak bulan Mei 2019, ia merupakan perkhidmatan kedua syarikat penerbangan ini ke destinasi peranginan terkemuka di Indonesia. Ia juga adalah laluan penerbangan terus-menerus pertama yang berlepas dari ibukota Vietnam ke Bali.

Baca : Pengalaman Terbang dengan VietJet Air

 


VietJet Perkenal Inaugural Flight Dari Hanoi Ke Bali

VietJet Perkenal Inaugural Flight Dari Hanoi Ke Bali 2 copy

VietJet Perkenal Inaugural Flight Dari Hanoi Ke Bali 3
 

Pengerusi Lembaga Pengarah Vietjet, Nguyen Thanh Ha, berkata: “Vietjet telah ditubuhkan dengan matlamat untuk menerajui pengangkutan udara. Kami berbangga menjadi syarikat penerbangan pertama yang mengusahakan penerbangan terus-menerus di antara Hanoi dan Bali. Laluan baharu ini dapat memenuhi permintaan perjalanan daripada pelancong dalam dan luar negara di Tahun Baharu dengan tempoh penerbangan dan kos yang minimum. Laluan Hanoi – Bali bukan sahaja menghubungkan kedua-dua destinasi kebudayaan dan pelancongan yang menarik di Asia, malahan meningkatkan kerjasama di antara negara-negara ASEAN.”

Laluan Hanoi Bali beroperasi setiap hari dengan penerbangan pergi dan balik bermula 26 Januari 2020. Penerbangan akan berlepas dari Hanoi pada jam 10:00 pagi dan tiba di Bali pada jam 16:25 petang. Manakala penerbangan pulang berlepas dari Bali pada jam 17:30 petang dan mendarat di Hanoi pada jam 21:55 malam (semua dalam waktu tempatan).
 

VietJet Perkenal Inaugural Flight Dari Hanoi Ke Bali 01

VietJet Perkenal Inaugural Flight Dari Hanoi Ke Bali 4

VietJet Perkenal Inaugural Flight Dari Hanoi Ke Bali 5

Hanoi, sebagai ibukota Vietnam, menawarkan percutian yang sukar dilupakan. Ini kerana bandar ini kaya dengan sejarah. Diasaskan sejak seribu tahun yang lalu, pastinya pengunjung seperti anda akan merasa kagum dengan seni bina yang tersendiri dan bangunan tinggalan penjajah di Hanoi. Anda juga akan menemui syurga makanan eksotik, seni bina penjajah Perancis dan tinggalan bersejarah dari Perang Vietnam di Ho Chi Minh City, yang turut dikenali oleh warga tempatan sebagai Saigon.

Sementara itu, Bali merupakan sebuah destinasi kepulauan yang popular in Indonesia dengan gelaran “Pulau Dewata” dan juga sering dikenali sebagai syurga tropika. Dengan undian sebagai ‘pulau yang terbaik di dunia’, Bali adalah sebuah pusat peranginan yang mempersonakan dengan lanskap yang indah dan keunikan kebudayaannya.

Sebagai syarikat penerbangan rakyat dan pelancong luar, Vietjet sentiasa membuka laluan baharu untuk membawakan penerbangan dengan harga yang berpatutan untuk semua. Dengan teras nilai “keselamatan, kegembiraan, berkemampuan-milik dan menepati masa”, Vietjet dengan bangganya mencipta pengalaman penerbangan yang sukar dilupakan untuk para penumpang di dalam kapal terbang baharu dengan tempat duduk yang selesa, sembilan pilihan hidangan panas yang disediakan oleh anak-anak kapal cantik dan mesra, serta pelbagai perkhidmatan tambahan moden di platform e-dagangnya.

Perkhidmatan baharu yang dilancarkan pada permulaan Festival Musim Bunga ini membawa para penumpang ke destinasi percutían yang lebih menarik bersama ahli keluarga dan sahabat mereka. Kegembiraan setiap penumpang yang dapat dirasakan dalam penerbangan Vietjet pada hari pertama Tahun Baharu Cina menjanjikan permulaan tahun yang gembira dan sejahtera buat semua.

Nak beli tiket VietJet Air, terus ke laman web rasmi mereka.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.