Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Vintage Di Pasar Karat Kuala Lumpur Chinatown Petaling Street

Tempat ni sudah popular puluhan tahun yang lalu. Seingat saya, masa sampai di Kuala Lumpur tahun 1999, lokasi Pasar Karat Kuala Lumpur ini dah jadi lokasi wajib bagi peminat barangan vintage. Sebelum ni pernah sekali ke sana. Sekali lihat sendiri, rupanya ia ada tarikan tersendiri. Ramai collector, kalau nak Cari Vintage, mereka akan singgah Di Pasar Karat Kuala Lumpur Chinatown Petaling Street.

Tidak jauh dari pusat bandar, ia hanya terletak kira-kira 10 minit jalan kaki dari Central Market Kuala Lumpur dan 5 minit dari Stesen Bas Puduraya. Ia terletak di lorong bersebelahan sahaja dengan Petaling Street China Town Kuala Lumpur. Mudah sahaja nak cari jika anda biasa dengan kawasan ini.

Baca : Tempat Cari Barang Antik di Kuala Lumpur Central Market

 


Cari Vintage Di Pasar Karat KL Chinatown Petaling Street

Pasar Karat KL

Pasar Karat KL

Pasar Karat KL

Pasar Karat KL
 

Kalau mengikut yang saya dengar, pasar karat kat sini dibuka hampir setiap hari seawal jam 6.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi. Tetapi, paling meriah pada hari Sabtu dan Ahad kerana lebih ramai peniaga dan juga pengunjung yang mengambil peluang bersantai di hujung minggu.

(Waktu operasi Pasar Karat Petaling Street pada musim PKP 2020 dan PKP2021 tertakluk kepada arahan pihak berwajib, kena semak dulu dengan pihak berkenaan.)

Saya sendiri tak pernah ke sini pada hari bekerja. Hanya 2 kali singgah pada hari Sabtu. Nampaknya ia sangat meriah dengan pelbagai produk terpakai, preloved, used, bundle dan macam-macam jenis barang dari pakaian, pinggan mangkuk dan alatan elektrik.
 

Cari Vintage Di Pasar Karat KL Petaling Street

Pasar Karat KL

Pasar Karat KL

Pasar Karat KL

Pasar Karat KL
 

Dari luar lagi, ada peniaga yang meletakkan barangan niaga mereka yang kebanyakkannya adalah pakaian seperti tshirt, seluarm topi dan beberapa koleksi vintage mainan.

Sebelah dalam, satu lorong lurus dengan satu bahagian cabang ke kanan di penuhi dengan peniaga yang menjual barangan terpakai. Banyak yang murah, baju serendah harga RM1 dan seluar serendah RM2 sahaja.

Untuk koleksi vintage, ada pelbagai jenis dan anda pasti akan dapat harga murah dan harga jackpot jika berminat untuk membelinya…

Untuk yang memandu, boleh parkir sekejap di sepanjang ruangan kaki lima tepi jalan di Petaling Street atau di ruang parkir berbayar dan parkir DBKL berdekatan. untuk yang menunggang motosikal, ada banyak tempat boleh anda selit, tapi pastikan di petak yang dibenarkan. Kalau tidak, kenderaan anda mungkin akan di saman pihak berwajib.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.