Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ramai Yang Viral Harga Ikan Siakap Langkawi Mahal

Sejak dua menjak ni, nama Pulau Langkawi kembali jadi viral. Kali ini, bukan kerana destinasi menarik yang baru, tetapi kecoh pasal isu harga makanan di restoran terapung di sana. Di media sosial, ramai yang viral tentang harga Ikan Siakap Langkawi mahal, hinggakan ada yang mencecah satu hidangan Ikan Siakap dengan harga RM1000 lebih. Sangat mengejutkan.

Bermula dengan seorang sahaja yang telah berkongsi luahan dan padangan di Facebook akibat terpaksa membayar RM1000++ untuk seekor ikan siakap, kini sudah beberapa orang lagi turut berkongsi pengalaman yang sama, tempah makanan dan membayar harga hidangan Ikan Siakap yang mahal di Langkawi.

Baca : Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

Harga Ikan Siakap Langkawi Mahal

 


Ramai Yang Viral Harga Ikan Siakap Langkawi Mahal

harga-ikan-siakap-langkawi

harga-ikan-siakap-langkawi

harga-ikan-siakap-langkawi

Kredit Gambar Lama Melancong Ke Langkawi Tahun 2011

 

Kami sendiri tak berani nak komen dalam isu viral ikan siakap Langkawi ni. Secara umum, peniaga dan pelanggan sepatutnya lebih jelas dalam urusan jual beli seperti ini supaya kedua-duanya faham situasi dan keadaan masa itu. Siapa salah dalam hal ini? Tidak ada salah sesiapa kot, mungkin lebih kepada salah faham.

Sebab itu, kami kalau bercuti ke mana-mana lokasi pelancongan popular, kami akan cuba elak dari singgah makan di tempat-tempat popular. Ini kerana, potensi kos makanan atau kos operasi di kawasan tersebut jauh lebih mahal berbanding lokasi lain yang biasa.

Biasanya, kami akan cuba lokasi kedai makan atau restoran diluar kawasan popular, makan kenyang-kenyang, beli produk yang kami mahu kemudian baru singgah di mana-mana destinasi pelancongan popular tumpuan ramai. InsyaAllah, banyak penjimatan yang boleh kita buat.
 

harga-ikan-siakap-langkawi
Island Hopping Langkawi
harga-ikan-siakap-langkawi
Island Hopping Langkawi
harga-ikan-siakap-langkawi
Kilim Geoforest Park Langkawi

harga-ikan-siakap-langkawi
Sangkar Ikan Siakap

 

Namun, kalau anda ada banyak duit dan bajet yang lebih, tak salah untuk singgah makan di mana-mana lokasi restoran yang anda suka. Sebab, setiap restoran punyai tarikan tersendiri. Tak kira menu makanan yang sedap, suasana dekorasi restoran yang cantik serta layanan terbaik dari restoran tersebut, selalunya menjadi tarikan pelancong untuk ke sana.

Sebaiknya, kalau nak cuba menu di lokasi popular, cubalah menu yang tidak ada di hometown anda. sebagai contoh, kalau ke Jepun, nak makan Sushi Original, boleh la sesekali mencuba di sana, hasil buatan asli orang Jepun.

Kalau ke Korea Selatan, nak cuba makan Kimchi, boleh la untuk rasa kelainan pengalaman mengembara di negara orang.
 

harga-ikan-siakap-langkawi

harga-ikan-siakap-langkawi

harga-ikan-siakap-langkawi
 

Begitulah cara kami travel jika bersama keluarga. Kalau ada duit lebih, ya, kami akan singgah mencuba menu yang istimewa. Jika bajet travel cukup-cukup, kami lebihkan kepada destinasi menarik, aktiviti dan makan sebagai perkara paling akhir.

Apapun, itinerary pelancongan kita tidak sama dan masing-masing punya cara travel yang tersendiri. Pandangan kami, jika nak travel, atur bajet ikut kemampuan kita sendiri, jangan terikut-ikut dengan cara orang lain yang mungkin berbeza citarasa mewah mereka tidak seperti kita.

Selamat Melancong! Stay Safe, kerana Covid-19 masih lagi ada di luar sana. Ingat! Hanya mereka yang Lengkap Vaksin Sahaja dibenarkan melancong buat masa ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.