Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Visit Beautiful Terengganu 2017 Destinasi Pilihan Malaysia

Negeri Terengganu turut melancarkan kempen promosi Tahun Melawat Terengganu 2017 dengan memperkenalkan ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ dengan memberikan penekanan kepada lokasi-lokasi tarikan yang terbaik di Terengganu. Sempena dengan Promosi MATTA Fair bulan September 2016, mereka akan berada di PWTC bagi mempromosikan pakej-pakej menarik mereka.

MATTA sendiri berbangga dengan kesudian Menteri Besar Terengganu, YAB Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman untuk merasmikan ‘Majlis Pembukaan MATTA Fair’ pada 3 September 2016 nanti. Satu sokongan yang tidak pernah jemu daripada pihak Kerajaan Negeri.

Baca : Destinasi Pelancongan Menarik Di Terengganu

visit beautiful terengganu 2017

 


Visit Beautiful Terengganu 2017 Destinasi Pilihan Malaysia

Visit Beautiful Terengganu 2017 Destinasi Pilihan Malaysia

 

Kecantikkan Terengganu memang dikenali sejak dulu. Antara yang menjadi pilihan bila melancong ke Terengganu termasuk keindahan pulau seperti Pulau Perhentian dan Pulau Kapas, sejarah seperti Batu Bersurat Terengganu, Kesenian dan Kebudayaan seperti pakaian Songket, pelbagai pilihan makanan tempatan seperti keropok lekor dan juga satar, semuanya menarik perhatian pelancong dalam dan luar Malaysia.

Banyak pakej percutian murah, pakej hotel murah dan pakej melancong murah yang ditawarkan oleh Terengganu untuk MATTA Fair September 2016 nanti.

 

There's More To Terengganu Than You Know' There's More To Terengganu Than You Know' There's More To Terengganu Than You Know' Promosi Visit Terengganu 2017

Promosi Visit Terengganu 2017

 

Kali ini, kempen promosi pelancongan Visit Beautiful Terengganu 2017 menggunakan tagline ‘There’s More To Terengganu Than You Know’. Ada Lebih Lagi Di Terengganu, Dari Apa Yang Anda Tahu, itu lah yang mahu di sampaikan oleh pihak promosi Terengganu.

Semestinya, negeri Terengganu Darul Iman antara lokasi yang wajib anda singgah samada untuk melancong, bersantai atau aktivit sepanjang tahun 2017 nanti. Negeri yang mempunyai pantai paling panjang di Semenanjung Malaysia dan pelbagai keindahan yang masih benyak yang belum diterokai.

Jika anda sukakan Pulau, boleh ke Pulau Perhentian atau Pulau Redang. Andai anda sukakan pantai, Teluk Cempedak antara destinasi utama. Jika sukakan tasik, sudah pasti Tasik Kenyir menghidangkan pelbagai tarikan istimewa. Tidak lupa, keindahan Bukit Kluang di Besut.

Belum lagi kita ceritakan tentang kepelbagaian menu tradisi Terengganu seperti Nasi Dagang, Keropok Lekor, Tahi Itik dan banyak lagi. Ratusan menu terkenal di Malaysia, banyak yang lahir dari negeri ini.

Tak rugi melancong ke Terengganu. Negeri yang simple, tapi punyai 1001 keindahan dunia.

#VisitTerengganu #VisitBeautifulTerengganu2017

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.