Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Wajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu Mulai Januari 2015

 

Sinar FM Menyinari Hidupmu adalah penjenamaan wajah baru stesen radio Sinar FM yang baru sahaja dilancarkan pada 12 Januari 2015. Setelah mencapai usia 11 tahun, radio Sinar FM kini memberi nafas baharu kepada penyampaian mereka bermula dengan logo dan pendekatan yang lebih mesra pendengar dengan segmen-segmen menarik. 

MrJocko sempat sertai majlis taklimat ringkas berkenaan dengan wajah baru radio Sinar FM ini dengan menggunakan tagline baru ‘Menyinari Hidupmu’, selaras dengan kempen terbaru mereka #harapansemangatkekuatan. Kempen #harapansemangatkekuatan ini sebenarnya adalah satu kempen yang memberi semangat kepada pendengar radio Sinar FM. 

Baca : Apa Beza Penyampai Radio dan Deejay?

 


Wajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu Mulai Januari 2015

Wajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu

Konsep pendekatan ini secara peribadi MrJocko rasa lebih menarik kerana pendengar bukan sahaja berhibur dengan irama muzik yang diputarkan di radio Sinar FM, tetapi mereka dapat lebih masa berinteraksi dengan penyampai-penyampai radio Sinar FM.

 

Wajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu
Barisan Penyampai Sinar FM

 

Wajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu

 

Wajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu

 

Abby FanaWajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu

 

Krill_RashidWajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu

 

Salih_Yaccob Wajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu

 

Jamal_Jamaluddin

Antara rakan penyampai yang turut sama dalam majlis petang semalam di Bens Publika ialah Salih Yaccob (SY), Krill Rashid (Krill), Kak Bek (Abby), Jamal Jamaluddin (JJ) dan juga MasKieran (Kieran). 

Stesen Radio Sinar FM masih lagi mengekalkan konsep putaran genre muzik seperti sebelum ini, Retro gaya ala 80-an yang telah lama menjadi nadi dan trademark mereka sejak tahun 2004 lagi. Mungkin anda tahu bahawa program seperti Arena Rock Keras dan Cetusan Hati & Dedikasi adalah antara program radio Sinar FM yang mengatasi populariti program radio lain di Malaysia dan punyai ramai pengikut. 

 

Wajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu

 

Wajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu

 

Wajah Baru SINAR FM Menyinari Hidupmu

 

Sinar FM adalah stesen radio No. 2 Berbahasa Melayu di Malaysia dengan jumlah pendengar mencecah 3.7 juta dan rancangan Sarapan Pagi Sinar FM, Sinar Pagi mencapai peningkatan yang mencapai 1.9 juta pendengar setiap minggu.

Manakala jumlah Pendengar Eksklusif radio Sinar FM meningkat dari 846,000 kepada 1.1 juta orang dengan purata masa yang diluangkan oleh pendengar dicatatkan selama 9 jam 46 minit.

MrJocko sendiri suka celoteh SY, Krill dan Kak Engku dalam rancangan Sinar Pagi dan juga Santai SInar di waktu petang. Sinar FM Menyinari Hidupmu.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.