Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Syarat Wajib Lengkap Vaksin Bila Terbang Dengan AirAsia

Perkara penting untuk kaki travel, ini adalah informasi umum tentang Syarat Wajib Lengkap Vaksin Bila Terbang Dengan AirAsia. Semua penumpang yang akan menaiki penerbangan AirAsia ke mana-mana destinasi, kini diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan SOP wajib oleh pihak berwajib, termasuk dari pihak Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia

Gagal dalam salah satu syarat wajib yang ditentukan, akan menyebabkan anda tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat dan terbang ke destinasi anda. Ini adalah keputusan untuk menjaga kebaikan bersama dan salah satu cara untuk memutuskan rantaian penularan wabak pandemik Covid-19 di Malaysia.

Baca : Gelembung Pelancongan Ke Pulau Langkawi Kedah Malaysia.

Wajib Lengkap Vaksin AirAsia

 


Syarat Wajib Lengkap Vaksin Bila Terbang Dengan AirAsia

Wajib Lengkap Vaksin AirAsia
 

Memang ramai antara kita teruja bila diberi kebenaran untuk kembali melancong ke lokasi-lokasi popular di Malaysia seperti di Langkawi, namun kita harus ingat wabak pandemik ini masih lagi belum habis dan masih menular di luar sana. Sila pastikan kita semua mengikuti SOP wajib yang telah ditetapkan untuk kebaikkan bersama.

Makluman tetang Wajib Lengkap Vaksin boleh anda baca di laman Instagram AirAsia :

“In preparation for the full resumption of its domestic and subsequently international flight services, AirAsia Malaysia (flight code AK) has made it mandatory for only completely vaccinated adult guests to be allowed to board its flights, effective immediately. Guests under the age of 18 if unvaccinated or partially-vaccinated must be accompanied by fully-vaccinated parents or relatives.”

Sebagai persediaan untuk penyambungan semula perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa, AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) telah mewajibkan hanya tetamu dewasa yang diberi vaksin sepenuhnya untuk dibenarkan menaiki penerbangannya, berkuat kuasa serta-merta. Tetamu di bawah usia 18 tahun jika tidak divaksinasi atau vaksinasi sebahagiannya mesti disertai oleh ibu bapa atau saudara-mara yang diberi vaksin sepenuhnya.

Sumber : AirAsia Instagram

Wajib Lengkap Vaksin AirAsia
 

Secara peribadi, ini adalah SOP yang bagus untuk semua bagi mengekang penularan ini. Ramai tahu, semua rakyat Malaysia tidak sabar untuk merentas negeri, merentas negara untuk melancong selepas terkurung hampir dua tahun di dalam daerah Malaysia. Tetapi, kerajaan dan pihak berwajib juga, terpaksa membuat SOP yang ketat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Memandangkan kawasan pelancongan popular seperti Langkawi akan semakin dipenuhi oleh tetamu, maka pencegahan awal sangat penting supaya ia tidak memberi impak negatif kepada kes-kes baru yang berkaitan dengan jangkitan wabak Covid-19.

Ingat, untuk masa ini, jika anda nak melancong ke Langkawi atau ke lokasi lain, pastikan anda sudah mendapat Lengkap Dos Vaksin.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.