Pemandangan Waktu Malam Di Hoi An Vietnam Yang Cantik
|Tak dinafikan, Hoi An Ancient Town sebuah bandar yang kurang sesuai untuk destinasi keluarga yang datang dari Melayu Malaysia. Tak banyak aktiviti untuk budak-budak. Tetapi, sebagai seorang Travel Blogger harus diakui, Pemandangan Waktu Malam Di Hoi An Vietnam Yang Cantik adalah antara tarikan pelancong di Vietnam.
Bermula dari sekitar jam 6.00 petang, Bandar Hoi An akan dilimpahi dengan cahaya lampu yang berwarna warni. Setiap sudut dan lorong di Hoi An akan bermandikan cahaya lampu yang memang meriah.
Pemandangan Waktu Malam Di Hoi An Vietnam
Sebelah malam menjadikan Hoi An Ancient Town lebih meriah. Waktu malam menjadikan gerai-gerai menjual kraftangan, kedai baju, aksesori dan pub serta bar meriah dengan kehadiran pelancong Eropah yang memang sukakan suasana hiburan.
Ada banyak restoran yang menjual menu Vietnam, Western dan juga beberapa menu Vegetarian. Namun kalau nak cari restoran Halal memang susah di Hoi An. Tips nak makan di sini, sebaiknya, cari menu Vegetarian.
Sepanjang jalan dan lorong kecil di Hoi An ada deretan kedai yang menjual banyak barang yang agak murah. Tetapi tidak la semurah barangan yang dijual di Ben Thanh market di Ho Chi Minh.
Antara yang boleh korang cuba termasuk beli buahan. Tetapi kena pandai pilih dan tawar-menawar. Kalau dah dapat yang berkenan dengan harga diskaun menarik, boleh la beli.
Sebelah Sungai Rindu (Thu Bon River) di Hoi An ini, di jalan Nguyen Hoang ada deretan pasar malam menjual aneka produk Vietnam. Dari makanan, aksesori, pakaian, beg, kraf dan banyak lagi boleh korang beli dengan harga murah.
Mungkin korang boleh dapatkan lebih info di laman blog ini – https://www.justgola.com/a/hoi-an-night-market-1978045948
Secara peribadi, pemandangan di Hoi An waktu malam memang menarik kerana susunan lampu yang berwarna warni, termasuk lampu tanglung Cina yanb terkenal di Vietnam.
Kalau di Da Nang, setiap malam minggu mereka boleh lihat pertunjukkan Bebola Api Kepala Naga http://www.mrjocko.com/2015/12/jambatan-naga-api-di-vietnam.html
Berbaloi juga habiskan waktu malam korang untuk berjalan kaki di bandar Hoi An ini. Mungkin sebagai orang Melayu, MrJocko tidak aktif dan layan pub atau bar. Tetapi night life dengan sinaran lampu memang menarik perhatian sesiata sahaja.
Kalau korang bernasib baik, satu hari boleh lihat ribuan TangLung yang dipasang di atas air untuk beberapa acara tertentu. Ia memang sangat menarik…