Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Wangian Semburan Deodoran Romano Untuk Lelaki

Kalau dah lelaki, memang ramai yang jenis cepat berpeluh. Sebab itu, lelaki memerlukan wangian yang bersesuaian untuk kegunaan seharian. Sebab itu MrJocko nak perkenalkan Wangian Semburan Deodoran Romano Untuk Lelaki. Ia berbentuk wangian semburan badan yang mempunya 4 pilihan baharu. Pernah cuba???

Bagi MrJocko, deodoran seperti wangian ini penting juga. Bukan nak suruh bau wangi semata-mata, tapi untuk mencegah dari bakteria peluh aktif dan mendatangkan bau peluh yang busuk.

Kalau jenis yang aktif kesana sini, mesti guna wangian badan. Deodoran wangian seperti Romano ini antara penyelesaiannya. 

Deodorant Spray Romano

Semburan Deodoran Romano

 

Ada 4 pilihan wangian yang boleh anda cuba. Samada warna purple Urbane Attitude, Merah Metro Pulse, Hitam Prestige atau kembali kepada wangian Hijau Classic. Pasti satu atau dua menjadi kegemaran anda. Satu botol wangian Romano ini cuma dijual dengan harga jualan runcit RM14.90.

 

Semburan Deodoran Romano Deodoran Romano Untuk Lelaki

 

Beberapa hari ni dah banyak kali guna semburan wangian deodoran Romano. Paling MrJocko suka ialah wangian Romano Classic. Tak tau kenapa, tetapi ia memang best!!! Mungkin sebab MrJocko suka warna hijau???

Nak kata bau lembut, tak jugak. Nak kata bau keras pun tak jugak. Ia dalam lingkungan sedang-sedang sahaja. Jadi kalau anda yang suka bau keras atau lebih lembut, boleh pilih warna purple, merah atau hitam.

 

Deodoran Romano Untuk Lelaki Semburan Deodoran Romano

 

Deodoran Romano Untuk Lelaki

Setakat ini, selama memakai deodoran Romano untuk lelaki ini, bau yang ada boleh bertahan sehingga ke 24 jam. Kalau mandi, mesti la hilang. Tetapi kalau nak tahan lama, memang ini deodorang yang boleh anda cuba. Berbaloi dengan harga. Senang bawak pulak tu.

Kalau travel, jenis botol 150ml seperti Romano deodorant ini terpaksa MrJocko masukkan ke dalam bagasi. Tak boleh nak hand carry. Tapi tak apa, janji boleh wangi sepanjang hari dengan deodorant spray Romano.

Nak tengok video Unboxing Romano Deodorant Spray? Anda boleh layari laman YouTube MrJocko atau lihat video link di bawah ini. Sekali buka cap botol, spray pun dah terbau wangian dari botol deodorant Romano ni.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.