Lawatan Kedua Ke War Remnants Museum Di Ho Chi Minh
|Vietnam mula terkenal bila terlibat dengan Perang Dunia Kedua. Ia antara sebuah negara Asia yang sebenarnya tidak pernah kalah dalam Perang walaupun diserang oleh negara kuat yang lain termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan juga Jepun. Masa sertai Media Trip ke Vietnam bulan April 2017, MrJocko buat Lawatan Kedua Ke War Remnants Museum Di Ho Chi Minh.
Muzium di Ho Chi Minh ini adalah lokasi wajib lawat kalau korang melancong ke Vietnam. Bukan sebab nak tahu sejarah Vietnam, tetapi nak kenal apa erti Perang yang sebenar. Perang yang sebenarnya merosakkan dan menyusahkan rakyat jelata.
Baca : Tempat Menarik di Ho Chi Minh Vietnam
War Remnants Museum Di Ho Chi Minh
Rasanya macam ada ‘bahan’ baru diletakkan di bahagian tingkat bawah War Remnants Museum Ho Chi Minh ini. Berbeza dari pertama kali MrJocko singgah di sini ketika tahun 2012, 5 tahun yang lalu bersama keluarga.
Muzium Sisa Perang Vietnam http://www.mrjocko.com/2012/02/muzium-sisa-perang.html
Pun begitu, ruang Tingkat 1 dan Tingkat 2 ada banyak material dan bahan seperti senjata, peluru gambar dan beberapa catatan kisah sedih Perang Dunia Kedua yang berlaku di Vietnam.
Nak baca pasal Perang Vietnam boleh lawat di sini https://en.wikipedia.org/wiki/Vietnam_War
Masuk sahaja di perkarangan War Remnants Museum Vietnam ini akan membuatkan mulut anda terdiam. Tak terucap dengan kata-kata bila melihat bagaimana keadaan tahanan perang, mangsa kekejaman perang dan penjara yang ada pada zaman tersebut.
Naik ke bangunan utama, korang akan terus diam dan akan bersyukur kerana hidup dalam keadaan aman damai.
Melihat sendiri bagaimana keadaan Perang Dunia Kedua Vietnam akan membuatkan kita sedih, syahdu, marah serta bersyukur. Perasaan bercampur aduk.
MrJocko melihat sendiri bagaimana pelancong yang ke sini ada yang menangis mengalir air mata melihat beberapa keping gambar yang menunjukkan betapa kekejaman perang merosakkan ‘humanity’ dan rakyat yang terlibat.
Melihat koleksi bahan dan material yang dipamerkan di sini, War Remnants Museum Vietnam memang akan membuka mata dan fikiran korang. Sebab itu, ini antara tempat menarik untuk di lawati di Vietnam. Mesti lawat untuk semua golongan dan lapisan umur.
Masa MrJocko bawa anak anak ke sini, mereka memang ‘speechless’ melihat bagaimana keadaan perang di Vietnam. Melihat kesan perang kepada kanak-kanak yang tidak berdosa, wanita, orang tua dan kampung yang hancur akibat perang.
Oleh itu, bersyukur dengan rezeki keamanan yang kita kecapi sekarang. Elakkan dari perbuatan yang boleh menjurus kepada peperangan kerana ia tidak akan memberi faedah kepada sesiapa pun.
Nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web War Remnants Museum Vietnam http://warremnantsmuseum.com/
Harga tiket masuk ke sini hanya VND15000 untuk dewasa dan dibuka setiap hari bermula seawal jam 7.30am sehingga waktu petang 5.00pm. Nak ke sini mudah, boleh naik Teksi Vinasun ataupun perkhidmatan GrabCar Vietnam.