Warung Selera Bob Lokman Di Ilin Cendol House Kuang
|Warung Selera Bob Lokman Di Ilin Cendol House. Abang Bob Lokman, salah seorang selebriti otai di Malaysia, kini sanggup meninggalkan dunia lakonan dan lain-lain yang berkaitan, yang dulu menjadi sumber pendapatannya selama ini.Abang Bob Lokman, kini gigih mengusahakan Warong Menu Sarapan Pagi Selera Kelantan di Kuang yang mula dibuka seawal 6:30 pagi hinggalah ke jam 11.00 pagi untuk melayani para pelanggannya.
Warung Abang Bob Lokman ini di BUKA SETIAP HARI, KECUALI HARI JUMAAT. Masakannya, tidak usahlah diragui, memang sedap kata mereka yang pernah mencubanya. Semua dijemput untuk memberikan sokongan kepada Abang Bob Lokman di dalam usahanya mencari rezeki yang halal bagi menyara anak-anaknya yang sebahagian besar, masih kecil.
Menu di Warung Selera Bob Lokman terletak di tepi jalan sahaja. Jika dari simpang 3 Sungai Plong (dekat Balai Polis), berada di sebelah kanan selepas beberapa kilometer. Jika dari simpang 4 Kuang, berada sebelah kiri, juga selepas beberapa kilometer. Warung Abang Bob Lokman ini di sewa di lokasi warung ‘ILIN CENDOL HOUSE’.
Semoga Allah memberkati anda semua dan jom ke Warung Selera Bob Lokman.
[Mohon share untuk bantu abang Bob Lokman]
Warung Bob Lokman Kisah Dari The Vocket
Teringin nak singgah makan sarapan pagi atau makan tengahari di Warung Bob Lokman ini. Mana tau ada menu yang menarik boleh MrJocko cuba. Kalau asal orang Kelantan, mesti ada menu Nasi Berlauk atau menu orang Kelantan kat sini.
Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko