Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Water Park Kanak-kanak Taman Tasik Titiwangsa Percuma

Sebelum ini, Taman Tasik Titiwangsa menjadi nadi taman tasik yang paling popular di Kuala Lumpur. Selepas ditutup dan dibaik pulih dengan penambahbaikan yang baru, kini ia kembali menjadi tumpuan warga kota. Untuk anak-anak, kolam air terbaru disini paling popular. Water Park Kanak-kanak Taman Tasik Titiwangsa Percuma kepada semua.

Sebelum ini, kawasan ini adalah sebahagian dari kawasan Playground. Kini, sekitar 30% dari kawasan Playground kanak-kanak diubah dan dijadikan kolam mandi percuma untuk semua. Pastinya keutamaan untuk kanak-kanak bermain air.

Baca : Naik Kuda di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Water Park Kanak-kanak Taman Tasik Titiwangsa Percuma

Water Park Kanak-kanak Taman Tasik Titiwangsa Percuma

water-park-kanak-kanak-taman-tasik-titiwangsa-02 copy
 

Untuk info, Taman Tasik Titiwangsa mula-mula dibuka pada 1 Februari 1980. Sejak dari itu, ia menjadi taman tasik yang paling popular untuk aktiviti riadah bagi warga kota Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Rujukan : World Of Buzz Taman Tasik Titiwangsa

Water Park di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ini mula dikunjungi pengunjung seawal jam 6.30 pagi. Ia menjadi destinasi utama kanak-kanak dan lokasi paling ramai dikunjungi sejak ia mula dibuka.

Taman itu dahulunya telah ditutup sejak dari 1 September 2018 yang melibatkan kawasan seluas 20.2 hektar di kawasan 46.14 hektar.

Kini, Taman Tasik Titiwangsa menawarkan tarikan, seperti Canopi Walk 60 meter yang dipasang baru Titiwangsa, taman permainan kanak-kanak, gelanggang kaki tingkat, taman air, taman permainan dan taman maze, serta jogging dan trek berbasikal, yang masing-masing meliputi laluan sejauh 4.5km dan 2.5km.

Tumpuan ditengah tasik, Fountain Jet dengan keupayaan untuk menembak air setinggi 100m ke udara, kini beroperasi semula.

Baca : Water Park Sunway Lagoon, Subang, Malaysia
 

water-park-kanak-kanak-taman-tasik-titiwangsa-02 copy

water-park-kanak-kanak-taman-tasik-titiwangsa-03
Kolam Air Kanak-Kanak Tasik Titiwangsa

water-park-kanak-kanak-taman-tasik-titiwangsa-04

water-park-kanak-kanak-taman-tasik-titiwangsa-kl
 

Kami sendiri sempat singgah di sini. Anak bongsu MrJocko, Ayish memang teruja dengan kolam air percuma di Tasik Titiwangsa ini. Sejak mula-mula sampai hingga tempoh sejam, leka dengan bermain air di kawasan ini.

Ruang yang agak luas, pilihan permainan air yang banyak serta tahap air yang selamat memang menjadi tumpuan ramai kanak-kanak untuk bermain air di sini.

Pun begitu, ibubapa diharap dapat memantau aktiviti anak-anak dikawasan ini untuk menjadikan kawasan ini lebih selamat dan lebih ceria untuk kegunaan semua.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.